awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal kuasa tinggi maut terbabas

Sinar Harian
Sinar Harian
13/07/2024
10:50 MYT
Penunggang motosikal kuasa tinggi maut terbabas
Keadaan motosikal mangsa yang terbabas dalam kemalangan di Kampung Rahmat, Rantau Panjang pada Jumaat. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di Kampung Rahmat, Rantau Panjang pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 32 tahun dalam perjalanan dari arah Tanah Merah menghala ke Rantau Panjang.
Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati, ketika tiba di lokasi, mangsa yang menunggang motosikal BMW S 1000 RR melalui satu selekoh di kanan jalan.
"Bagaimanapun, lelaki itu gagal mengawal motosikal lalu terbabas sendirian di bahu jalan sebelah kiri.
"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Jelas beliau, mayat dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.
"Kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian mangsa yang gagal mengawal kenderaan ketika menuju ke selekoh kanan," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan.
Kama Azural memberitahu, siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Pasir Mas di talian 09-7900280. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#motosikal berkuasa tinggi
#superbike
#kemalangan maut
#Kota Bharu
#BMW S1000RR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan