awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai

Bernama
Bernama
30/01/2025
23:15 MYT
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Nahas melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta berlaku di Jalan KM 59, Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Kampung Keroh, Kuala Krai, pada Khamis mengakibatkan seorang lelaki maut. - Foto Polis Kelantan
KOTA BHARU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di Jalan KM 59, Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Kampung Keroh, Kuala Krai semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Beliau berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta berkenaan memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya sebelum bertembung dengan motosikal mangsa dari arah bertentangan.
"Penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.
"Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk bedah siasat dan ujian air kencing ke atas pemandu kereta berkenaan didapati positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam kenyataan semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuala Krai
#penunggang motosikal maut
#motosikal bertembung kereta
#pemandu positif dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan