awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut dilanggar lori dipercayai mengundur

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
19/04/2021
22:45 MYT
Penunggang motosikal maut dilanggar lori dipercayai mengundur
Mohd Sofian yang menunggang motosikal maut apabila lori yang membawa pasir dipercayai mengundur, ketika cuba mendaki jalan berbukit, dalam kejadian di Dungun semalam. - Astro AWANI
DUNGUN: Dua lelaki maut selepas terlibat dalam dua kemalangan berasingan di sini semalam, akibat kecederaan parah yang dialami.
Kedua-duanya meninggal ketika sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Dungun.
Penunggang motosikal, Mohd Sofian Nurudin, 52 tahun, maut apabila lori yang membawa pasir dipercayai mengundur, ketika cuba mendaki jalan berbukit di sini, tengah hari semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari di kawasan ladang getah berhampiran Kampung Binjai.
Mangsa yang berasal dari Kampung Tok Gebok, Ajil, Hulu Terengganu, mengalami kecederaan di bahagian kaki dan badan, meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Terdahulu dalam nahas pertama kira-kira jam 12.25 tengah hari di Jalan Kampung Wa, seorang remaja maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebuah treler.
Mangsa, Muhammad Khairul Amirul Azlan, 19 tahun, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.
Ketika kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Gen-2, sedang dalam perjalanan dari arah bandar Dungun, menuju Jerangau.
Bagaimanapun, sejurus tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler.
Akibat pertembungan tersebut, mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan berjaya dibawa keluar oleh anggota pasukan bomba.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Kedua-dua mayat dibawa ke Unit Forensik hospital sama untuk proses bedah siasat.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#polis
#maut
#meninggal dunia
#mayat
#bomba
#mangsa
#kereta
#Nahas
#remaja
#Dungun
#lori pasir
#mengundur
#Hospital Dungun
#jalan berbukit
#Jalan Kampung Wa
#ladang getah
#Kampung Binjai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan