NATIONAL
Penunggang motosikal maut langgar anjing melintas

Lokasi kejadian penunggang motosikal maut akibat terlanggar anjing yang melintas di Kampung Parit Buloh, Air Kuning Selatan, pada Sabtu. -Sinar Harian
TAMPIN: Seorang penunggang motosikal maut selepas tidak sempat mengelak seekor anjing yang melintas di Kampung Parit Buloh, Air Kuning Selatan, di sini, pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar seekor anjing yang melintas di Kampung Parit Buloh, Air Kuning Selatan.
- Mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di klinik kesihatan.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang ramai diminta membantu siasatan.
"Apabila sampai di tempat kejadian, semasa sedang bergerak terus, tiba-tiba seekor anjing melintas jalan di laluan motosikal dan penunggang tidak sempat mengelak lalu melanggar anjing tersebut.
"Akibat kemalangan itu, mangsa iaitu penunggang motosikal telah tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, mangsa telah dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 12.08 tengah malam, Ahad.
Ujarnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan hadir ke Balai Polis Trafik IPD Tampin atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nurul Afiqah Aqwa Haslan di talian 06-4412502. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami