awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tarik lebih 100,000 pelancong
Kerajaan MADANI martabat Islam dalam tadbir urus negara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut langgar pejalan kaki

Aida Aziz
Aida Aziz
12/10/2021
04:26 MYT
Penunggang motosikal maut langgar pejalan kaki
Inilah motosikal yang ditunggang masa kemalangan jalan raya di Kilometer (KM) 375.9 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) Slim River pada pagi Isnin sehingga menyebabkannya maut di tempat kejadian. - Gambar ihsan PDRM
SLIM RIVER: Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh seorang pejalan kaki yang disyaki mabuk di Kilometer (KM) 375.9 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) di sini pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa dari Teluk Intan menuju ke Selayang.
"Lebih kurang jam 6.15 pagi, telah berlaku kemalangan maut di KM 375.9 Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan). Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Keeway dan seorang pejalan kaki.
"Penunggang motosikal yang menunggang di lorong kecemasan telah terlanggar seorang pejalan kaki yang disyaki mabuk di lokasi kejadian.
"Kemalangan menyebabkan mangsa lelaki berumur sekitar 60 tahun terjatuh di lorong kecemasan dan terbabas ke lorong kiri," kata Sulizmie Affendy dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, akibat daripada kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Slim River.
Jelasnya, mayat mangsa telah dibawa ke hospital dan bedah siasat akan dijalankan setelah ujian COVID-19 selesai dijalankan.
"Manakala mangsa pejalan kali yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut dan butiran pejalan kaki tersebut masih lagi dalam siasatan," katanya.
Sulizmie Affendy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal maut
#langgar pejalan kaki
#disyaki mabuk
#Lebuhraya Utara Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan