BENTONG: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya melanggar bahagian belakang lori tunda di Kilometer 76.2, Lebuh Raya Karak (LRK) dekat Bentong pada Sabtu.
Dalam kejadian pada pukul 4.50 petang itu, mangsa, Samad Cham, 48, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan polis mendapati motosikal yang ditunggangi mangsa dari arah Bentong telah melanggar belakang lori tunda yang berhenti di bahu jalan tempat kejadian.
"Kira-kira 30 minit lori tunda berhenti, tiba-tiba terdengar dentuman yang kuat di bahagian belakang dan mendapati sebuah motosikal melanggar bahagian belakang kenderaan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di tempat kejadian.
"Kes kemalangan ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kita berharap pemandu kenderaan dan penunggang motosikal supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan memohon mana-mana pihak yang melhat kejadian ini supaya tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk membantu siasatan," ujarnya.
Norfarhiza Mohd Atar
Sun Nov 27 2022

Siasatan polis mendapati motosikal yang ditunggangi mangsa dari arah Bentong telah melanggar belakang lori tunda yang berhenti di bahu jalan tempat kejadian. - Foto PDRM

Lebih 30 individu pelbagai agama dalam Jawatankuasa Keharmonian - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara telah menyenaraikan lebih 30 individu daripada pelbagai penganut agama dalam Jawatankuasa Keharmonian, sebagai usaha untuk menyampaikan mesej perpaduan dalam kalangan kaum

Kampar dan Batu Gajah bakal nikmati rangkaian 5G selepas Ipoh - Exco
Daerah Kampar dan Batu Gajah kini dalam radar kerajaan Perak untuk menikmati liputan internet berkelajuan tinggi 5G selepas bandar raya Ipoh.

Jualan Proton meningkat 162 peratus tahun ke tahun pada Januari 2023
Jualan Proton Holdings Bhd meningkat sebanyak 162.3 peratus tahun ke tahun dengan 11,681 unit kenderaan dijual pada Januari 2023 sekali gus mencatatkan jualan Januari yang terbaik sejak 2013.

Kampung Redang Panjang, Selama dilanda banjir kilat
Hujan lebat selama dua jam itu turut mengakibatkan air sungai melimpah ke jalan utama dan rumah berdekatan.

Cubaan Bunuh | Lelaki bersalah cuba bunuh Ratu Elizabeth dua tahun lalu
Seorang lelaki mengaku bersalah atas cubaan membunuh mendiang Ratu Elizabeth II, dua tahun lalu. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Jaswant Singh Chail, 21 tahun ditangkap di Istana Windsor pada 25 December, 2021, ketika perayaan Hari Natal.

Pencemaran Udara | Bangkok, 42 wilayah lain catat Indeks Udara Tidak Sihat
Jerebu menyelubungi Bangkok dan 42 wilayah di Thailand pada Jumaat apabila skala PM2.5 direkodkan melebihi paras selamat iaitu 50 mikrogram setiap meter padu Wilayah yang terjejas termasuk Nonthaburi, Samut Prakan, Ayutthaya, Buriram, Chiang Mai, Chiang Rai dan Chon Buri.

Rusia-Ukraine | Ukraine bimbang kemungkinan serangan dari Belarus
Ukraine melahirkan kesangsian selepas pasukan tentera udara Rusia yang terlibat dalam latihan bersama tentera udara Belarus tidak kembali ke pangkalan tetapnya meskipun latihan itu telah tamat Rabu lalu. Latihan yang bermula 16 Januari itu mencetuskan kebimbangan Kyiv mengenai kemungkinan Moscow akan mendesak Minsk menyertai perang menentang Ukraine.

Krisis Rusia-Ukraine | EU bakal kenakan sekatan baharu terhadap Rusia
Kesatuan Eropah (EU) mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan-sekatan baharu terhadap Rusia bermula 24 Februari 2023. Sekatan-sekatan itu merangkumi 10 tindakan antaranya mengenakan tambahan bagi harga siling buat produk-produk minyak keluaran Rusia.

Serangan | 21 maut dalam serangan di Sudan Selatan sebelum lawatan Pope
Sekurang-kurangnya 21 individu terbunuh dalam serangan bersenjata di Sudan Selatan sehari sebelum lawatan Pope Francis ke negara itu. Berdasarkan laporan media tempatan, mereka terbunuh dalam satu serbuan yang dilakukan individu bersenjata di ladang lembu di Kajo-Keji County di Equatoria tengah.

PRN Selangor | UMNO Selangor muktamadkan jumlah kerusi yang akan ditandingi
UMNO Selangor sudah pun memuktamadkan jumlah kerusi dan kawasan ingin ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada Jun ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din.

Pemandu lori maut nahas tiga kenderaan
Lelaki berusia 29 tahun itu disahkan maut di lokasi manakala pemandu sebuah lagi lori dan treler, terselamat.

Nahas Yeti Airlines: Kotak hitam akan diperiksa di Singapura
Pasukan siasatan Nepal akan berlepas ke Singapura pada Jumaat dan proses pemeriksaan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu.

Op Selamat-19: 809 kemalangan direkodkan di sekitar ibu negara
Dua kes kematian berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Lebuhraya Besraya melibatkan penunggang motosikal.

Suami isteri maut, tujuh cedera nahas empat kenderaan
Pasangan suami isteri maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer (km) 41.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Selawa, Merchang, Marang.

Menteri Ukraine terkorban dalam nahas helikopter
Menteri Dalam Negeri Ukraine dan pegawai-pegawai kanan kementerian antara 16 terkorban dalam nahas helikopter di timur Kyiv.

'King' terbabas selepas langgar jentera bomba
Sebuah Perodua Myvi terbabas setelah melanggar jentera bomba sebelum melanggar sebuah lagi kenderaan lain.

Buruh binaan warga Indonesia maut digilis lori
Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemandu cedera kereta diseret lori, jalan sesak 2km
Kemalangan tersebut turut menyebabkan kesesakan jalan raya sejauh lebih dua kilometer.

Lelaki maut motosikal langgar kereta
Kejadian pada jam 9.45 pagi itu melibatkan motosikal jenis SYM dan sebuah kereta Perodua Viva dipandu seorang wanita.

Pemandu bas ekspres maut nahas tiga kenderaan
Mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.