awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut, saksi kemalangan dicari

Sinar Harian
Sinar Harian
26/03/2022
21:00 MYT
Penunggang motosikal maut, saksi kemalangan dicari
Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian dan sebab kematian.
PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Shah Alam akibat kemalangan di Jalan PJS 2 di sini pada 14 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas sejurus tiba berhampiran Apartmen Medan Jaya di sini.
"Pada 25 Mac (Jumaat) polis menerima laporan berkenaan kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan iaitu motosikal jenis Honda Dash terbabas sendiri.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 14 Mac jam lebih kurang 5.30 petang dan lelaki berusia 39 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 8.40 malam pada 25 Mac ketika menerima rawatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian dan sebab kematian.
Dalam pada itu, beliau memohon supaya saksi kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
"Saksi kejadian boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014 2536820 bagi membantu siasatan," ujarnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal
#rawatan
#kemalangan
#terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan