awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut terkena bongkah batu 50kg

Sinar Harian
Sinar Harian
07/04/2025
08:45 MYT
Penunggang motosikal maut terkena bongkah batu 50kg
Bongkah batu yang terjatuh lalu terkena mangsa. Gambar kecil: Swee Sake
GEORGE TOWN: Seorang buruh binaan warga Bangladesh maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas selepas terkena bongkah batu di Jalan Paya Terubong di sini pada Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, dalam kejadian jam 1.10 pagi itu, mangsa berusia 34 tahun maut di lokasi kejadian akibat parah di bahagian muka dan kepala.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang mangsa menunju ke Farlim dari arah Bayan Lepas.
"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas bongkah batu seberat 50 kilogram (kg) dan bersaiz 0.5 meter ini terjatuh dari lereng bukit sebelah kiri.
"Bongkah batu itu kemudiannya dipercayai terkena kepala mangsa. Akibat impak tersebut, mangsa kemudian terjatuh di atas jalan raya manakala motosikalnya mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan tepi sebelah kiri," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat, tambahnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#motosikal
#bongkah batu
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan