awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penuntut universiti dakwa rugi lebih RM30,000 ditipu 'pegawai LHDN'

Bernama
Bernama
23/02/2022
05:29 MYT
Penuntut universiti dakwa rugi lebih RM30,000 ditipu 'pegawai LHDN'
Mangsa terima panggilan menyatakan dia mempunyai tunggakan bagi syarikat yang didaftar atas namanya sedangkan tidak mempunyai sebarang syarikat. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang penuntut universiti mendakwa mengalami kerugian lebih RM30,000 kerana ditipu individu menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam kejadian di Rompin dekat sini, tiga hari lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pada 1.13 petang, lelaki berusia 21 tahun itu dipercayai menerima panggilan menyatakan dia mempunyai tunggakan bagi syarikat yang didaftar atas namanya sedangkan tidak mempunyai sebarang syarikat.
"Pegawai tersebut meminta mangsa memberikan nombor akaun bertujuan menyekat akaun bank untuk siasatan, mangsa yang terpedaya telah mengikut arahan individu itu dan menyerahkan nombor akaunnya.
"Bagaimanapun, mangsa berasa curiga dan selepas menyemak akaunnya dia mendapati ada transaksi pengeluaran wang daripada akaun miliknya ke dua akaun yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM32,450," katanya dalam kenyataan di sini hari inI.
Beliau berkata mangsa yang merasa diperdaya kemudiannya membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#LHDN
#mangsa sindiket
#akaun bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan