awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penurunan harga kereta untungkan pengguna

Astro Awani
Astro Awani
25/06/2013
23:49 MYT
Penurunan harga kereta untungkan pengguna
Penurunan harga kereta yang dibuat secara berperingkat sehingga 2017 akan menguntungkan pengguna.
Selain pengeluar kereta baru, pengusaha kereta terpakai akan turut bertindak berbuat demikian.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia, Madani Sahari berkata secara purata, penurunan harga kereta berlaku sebanyak 5 peratus setahun.
"Apabila kita menjual kereta kita pada tahun ini nilainya menurut sebanyak 5 peratus kerana harga ‘second hand’ dan juga orang kata setara dengan kereta baru jadi apabila harga kereta baru turun sebanyak 5 peratus harga ‘second pun’ akan turun lebih kurang 5 peratus," katanya.
Jelas beliau penurunan perlu berlaku secara berperingkat bagi mengelak daripada menjejaskan industri automotif.
Kata Madani, tindakan pengguna mengambil pendekatan tunggu dan lihat dengan mengharapkan penurunan lebih banyak antara punca kemerosotan jualan kereta terpakai.
"Apa yang berlalu sekarang ni pengguna memang melihat dan menunggu... mungkin harga kereta akan menurun lagi lebih banyak. Ini yang saya cuba nak terangkan secara purata ianya tidak boleh berlaku lebih banyak daripada 5 peratus kerana itu akan menjadi lebih drastic," kata beliau.
Katanya, pengguna dinasihat merebut peluang ditawarkan penjual kenderaan sama ada baru atau terpakai.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan akan menurunkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus sehingga 2017.
Topic Berkaitan
#jualan
#kereta
#MADANI SAHARI
#pengguna
#penurunan
#terpakai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan