awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencapaian Aaron-Wooi Yik muncul naib juara bukti kecekalan, disiplin tinggi - TPM Ahmad Zahid
Aaron-Wooi Yik buktikan mereka atlet berkelas dunia - Taufiq
Kesedaran premis makanan miliki sijil BeSS masih rendah di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penutupan Jalan Johar, lorong kanan Lebuhraya SPRINT mulai Sabtu ini

Bernama
Bernama
26/08/2021
05:08 MYT
Penutupan Jalan Johar, lorong kanan Lebuhraya SPRINT mulai Sabtu ini
Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja membina jalan raya bertingkat dari persimpangan Lebuhraya SPRINT/Jalan Maarof ke persimpangan Lebuhraya Sprint/Jalan Semantan. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Laluan trafik dari Kuala Lumpur menghala ke Jalan Johar, Bangsar melalui Lebuhraya SPRINT akan ditutup sepenuhnya mulai 28 Ogos ini hingga Mac 2022.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja membina jalan raya bertingkat dari persimpangan Lebuhraya SPRINT/Jalan Maarof ke persimpangan Lebuhraya Sprint/Jalan Semantan.
Menurut kenyataan itu, laluan trafik lorong kanan dari Lebuhraya SPRINT KM 7.0 ke Jalan Johar juga ditutup sepenuhnya mulai tarikh tersebut bagi membolehkan kerja-kerja cerucuk dan kerja-kerja pengalihan paip air pembentung dilaksanakan.
"Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda di tapak sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelak kekeliruan dan sebarang kesulitan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tutup jalan
#Jalan Johar
#Lebuhraya SPRINT
#paip air pembentung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan