Ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan pemindahan terminal bas dari Pudu Sentral dan Hentian Duta ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Di dalam survey yang dijalankan oleh Astro AWANI, setakat pukul 10 malam tadi lebih 75% orang ramai merasakan cadangan ini akan menyusahkan pengguna.
Manakala selebihnya berpendapat ia bakal memudahkan pengguna.
Selain itu, orang ramai turut memberikan komen dan cadangan di Facebook Astro AWANI mengenai cadangan itu..
Ada di antara mereka yang berpendapat jika perkara ini berlaku ia bakal mengundang kesesakan teruk dan ada juga yang merasakan langkah ini hanyalah satu pembaziran.
Yusliyana Saat: “Tidak wajar, sudah diasingkan terminal mengikut hala untuk mengelakkan kesesakan, kalau semua tertumpu pada satu tempat di TBS, sesaklah.”
Mustafa Musa: “Buat apa membazir duit repair Pudu Sentral hari itu, carilah tempat lain yang lebih strategik.”
Mohd Kamil: “Yang sepatut dipindahkan adalah Hentian pekeliling, bukan Duta dan Pudu.”
Dafi Osman: “Lagi sesaklah!!!”
Mohd Azhar Mohd Ali: “Biar banyak hentian, mudah untuk orangramai. Tidaklah jam sangat pada satu-satu
tempat. Kalau semua di TBS, mahu jam hendak ke sana, kemudahan untuk orang ramai kan.”
Armadaramor Shi: “ Tidak bersetuju”
Ada juga yang bersetuju dengan cadangan ini yang dirasakan bakal memberi keselesaan memandang TBS mempunyai imej yang bersih dan disenangi ramai.
Kamaruzaman Kamarudin: "TBS amat selesa. ada tempat tidur, gerai makanan, akses ke LCCT dan KLIA."
Mohd Ikhwan:
1)TBS memanglah terletak selatan KL (dekat ke Tol Sungai Besi) berbanding Pudu/Duta yang dekat dengan Tol Duta untuk ke utara, tetapi kita perlu lebih mementingkan keselesaan dan kemudahan, keselamatan.
2)TBS mempunyai akses LRT(aliran Sri Petaling),Komuter,ERL transit, Bas,Teksi berkupon. Jika sebelum ini hendak ke Duta jika bas sebelah malam, mana ada bas, teksi dari Pudu ke Duta sahaja dekat RM15.
3) Mempunyai kawalan keselamatan yang terjamin, dengan kawalan polis,CCTV"
Aslam Mizan: "Setuju buat yang bersepadu macam BTS yang lebih selesa dan bebas peraih tiket yang annoying. Selain itu, dapat juga mengurangkan kesesakan dalam Kuala Lumpur."
Fakaruddin Mohamad: "Sangat wajar."
Angah Adi: "Setuju. Buat apa hendak banyak perhentian. Biar satu sahaja senang semua syarikat beroperasi di situ sahaja."
Selain itu, ada juga yang menyuarakan kebimbangan sekiranya perkara itu berlaku, bakal merosak keharmonian TBS yang dilihat sebagai sebuah hentian bas yang teratur dan ‘aman’.
Sharifah Sharina Syed Aswad: " Ok sahaja. Selesa dan senang. Cuma pastikan tidak pula sesak melampau jika semua sudah bergabung."
Lockman Ariff: "Tidak payah nak semakkan TBS. Biar sahaja aman damai dekat situ."
Dzulhelmi Jumat: "Dah lepas ni TBS, trafik ke TBS pulak sesak. Apa dah lupa tujuan asal diasingkan kawasan bas ekspres ni? Kalau sekarang disatukan balik dah hilang la tujuan asal?"
Terus memberikan pendapat anda bersama Astro AWANI dan sertai pungutan suara kami. Klik Poll: Adakah penutupan Pudu Sentral dan Hentian Duta wajar?
Azyyati Ahmad
Thu Jan 16 2014
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Pengendali bas ekspres di Hentian Duta, Pudu Sentral tetap pindah - Syed Hamid
Setakat ini belum ada tarikh khusus untuk perpindahan itu dan SPAD masih meneruskan perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk mengambil kira pendapat awam.
Penutupan Pudu Sentral dan Hentian Duta menyusahkan, kata orang ramai
Di dalam survey yang dijalankan oleh Astro AWANI, sebanyak 75% orang ramai merasakan cadangan ini akan menyusahkan pengguna.
Poll: Adakah penutupan Pudu Sentral dan Hentian Duta wajar?
Adakah perpindahan dan penutupan Pudu Sentral dan Hentian Duta ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) wajar?