awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penutupan sekolah: Motivasi murid perlu dititikberatkan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
09/11/2020
01:17 MYT
Penutupan sekolah: Motivasi murid perlu dititikberatkan
Guru dan ibu bapa perlu bersama-sama memberikan motivasi kepada murid bagi memastikan mereka bersemangat untuk meneruskan pembelajaran di rumah selepas pengumuman penutupan sekolah yang bermula hari ini. -Foto fail
KUALA LUMPUR:Guru dan ibu bapa perlu bersama-sama memberikan motivasi kepada murid bagi memastikan mereka bersemangat untuk meneruskan pembelajaran di rumah selepas pengumuman penutupan sekolah yang bermula hari ini.
Pandangan itu disuarakan guru dari SMK Jerlun, Cikgu Norhailmi Abd Mutalib yang melihat pentingnya kestabilan emosi seorang murid agar mereka terus minat belajar.
Justeru, murid, guru serta ibu bapa perlu memberi sokongan antara satu sama lain dalam memastikan tiada yang keciciran dalam pelajaran.
"Apa yang kita patut kita titikberatkan ialah motivasi murid itu sendiri iaitu macam mana murid, guru perlu berada dalam keadaan emosi yang stabil sepanjang nak sampai ke tarikh buka sekolah dan hadapi peperiksaan nanti.
"Pada masa sama, kita kena bersama-sama iaitu ibu bapa di rumah juga perlu main peranan pastikan anak-anak mereka ada motivasi anak-anak untuk belajar dari rumah," katanya kepada Astro AWANI.
Ujarnya, hasil pemerhatiannya, pembelajaran secara bersemuka jauh lebih baik daripada pembelajaran secara dalam talian.
"Pengalaman pembelajaran secara online dan semuka beza dan pengaruhi motivasi dorang, ada pelajar yang tidak boleh belajar secara online.
"Jadi perkara itu kena fikir bersama," ujarnya.
Topic Berkaitan
#motivasi
#pembelajaran secara bersemuka
#pembelajaran secara dalam talian
#pembelajaran di rumah
#penutupan sekolah
#SMK Jerlun
#Norhailmi Abd Mutalib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan