awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain mengaku bersalah ambil dadah di Thailand

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
14/01/2025
09:48 MYT
Penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain mengaku bersalah ambil dadah di Thailand
Keenam-enam tahanan warga Malaysia itu sebelum ini telah menjalani tahanan reman selama lebih 70 hari selepas ditahan pada 1 November tahun lalu. - - Foto Sinar Harian
NARATHIWAT : Keenam-enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi terkenal dari Kelantan yang dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat , Thailand hari ini mengaku bersalah mengambil dadah.
Bagaimanapun kesemua tertuduh tidak mengaku bersalah memiliki sejumlah 6,059 biji pil yaba sewaktu pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Dua dari empat individu iaitu sepasang suami isteri, Zulhaira Nasrin, 26, dan suaminya Erdike Mohd Noor, 33, turut menghadapi dua pertuduhan tambahan iaitu memasuki Thailand secara haram dan tinggal secara haram.
Hakim Wilayah Narathiwat, Yuan kemudiannya menetapkan 11, 13 dan 14 Februari depan sebagai tarikh perbicaraan kesemua tertuduh manakala keputusan kes mereka dijangka selesai pada awal Mac.
Hakim Yuan juga memerintahkan kesemua tertuduh mendapatkan bukti mereka tidak memiliki pil yaba itu dalam tempoh sebelum perbicaraan tersebut.
Keenam-enam tahanan warga Malaysia itu sebelum ini telah menjalani tahanan reman selama lebih 70 hari selepas ditahan pada 1 November tahun lalu.
Mereka ditahan di sebuah bilik hotel di Sungai Golok pada awal pagi 1 November.
Serbuan yang dilakukan oleh Polis Sungai Golok itu turut menemui lebih 6,000 biji pil yaba.
Pada 3 Januari lepas mereka telah dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat bagi sesi pendengaran dan merekodkan pengakuan.
Pengamal media Malaysia yang berkumpul di perkarangan Mahkamah Wilayah Narathiwat turut tidak dibenarkan merakam sebarang visual di dalam kawasan mahkamah selain perlu mengemukakan dokumen, pemeriksaan tubuh badan dan barangan sebelum dibenarkan memasuki mahkamah.
ianya sebagai langkah keselamatan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Thailand.
Topic Berkaitan
#penyanyi wanita terkenal Kelantan
#ambil ddah
#Narathiwat
#Zulhaira Nasrin
#Sungai Golok
#Thailand
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan