awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia

Intan Shanim Sulaiman
Intan Shanim Sulaiman
27/12/2024
07:00 MYT
Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Penyedia platform media sosial di negara ini diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Disember.
Beliau dalam pada itu turut memuji langkah Telegram dan Tencent (WeChat) yang telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk beroperasi di Malaysia.
"Terima kasih kepada Tencent dan Telegram kerana sudi bekerjasama dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"Saya harap platform lain akan ikuti langkah mereka kerana jika mereka (penyedia platform) ingin memberi perkhidmatan di Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengunjungi pelakon veteran Sathia Periasamy atau Sathiya sempena sesi Ziarah MADANI@Finas di Setapak Jaya di sini hari ini.
Semalam, MCMC menerusi kenyataan memaklumkan keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari itu bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian, melindungi pengguna, dan memperkukuh kawal selia ke atas penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial.
Ia dirangka untuk mewujudkan persekitaran dalam talian yang dipercayai dan selamat dengan menyeru penyedia perkhidmatan agar melindungi pengguna, khususnya kanak-kanak serta golongan rentan.
Kegagalan mengemukakan permohonan boleh menyebabkan tindakan pengawalseliaan diambil walaupun ia perkara yang mahu dielakkan semua pihak.
Topic Berkaitan
#Teo Nie Ching
#lesen operasi
#penyedia media sosial
#MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan