awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyediaan makanan bernutrisi di prasekolah perlu diberi penekanan - Dr Nik Raihan

Faida Rahim
Faida Rahim
03/06/2023
20:40 MYT
Penyediaan makanan bernutrisi di prasekolah perlu diberi penekanan - Dr Nik Raihan
Dr Nik Raihan Mohamed berkata, untuk kanak-kanak mencapai potensi sepenuhnya dari segi perkembangan, semestinya bukan dari pendidikan sahaja. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Penyediaan makanan bernutrisi di peringkat prasekolah perlu diberi penekanan sebagai persediaan sebelum kanak-kanak mengikuti pembelajaran di peringkat rendah.
Pengasas Klinik Kenit Dr Nik Raihan Mohamed berpendapat beberapa faktor ini perlu ditekankan dalam memastikan kanak-kanak di peringkat prasekolah tidak berdepan dengan masalah perkembangan.
"Untuk kanak-kanak mencapai potensi sepenuhnya dari segi perkembangan, semestinya bukan dari pendidikan sahaja.
"Malah dari segi kesihatan, pemakanan, responsif care giving daripada parents itu sendiri, keselamatan dan juga peluang pendidikan awal.
"As a foundation kepada perkembangan kanak-kanak, lima komponen yang saya sebut ini dan peluang untuk belajar di usia muda perlu mula di peringkat awal," katanya kepada Astro AWANI.
Dalam pada itu, bukan sahaja Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu melakukan penyelarasan pendidikan prasekolah, malah sekiranya penglibatan Kementerian Kesihatan maka ia adalah lebih baik.
Sementara itu, beliau turut memuji penambahbaikan dilakukan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memastikan kanak-kanak di peringkat prasekolah mendapat nutrisi ideal.
"Saya lihat banyak penambahbaikan. Kalau ikutkan polisi dari segi national preschool quality standard, dari segi penyediaan makanan, cara kanak-kanak makan di prasekolah, itu dah cukup baik. Tapi adakah ini diterjemahkan kepada tahap kesihatan atau nutrisi yang ideal untuk kanak-kanak kita?
"Kalau ikutkan data laporan World Bank 2019, 14.1 peratus kanak-kanak di bawah lima tahun adalah under weight manakala bantut seramai 21.8 peratus," katanya.
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#Kementerian Pendidikan
#Pra sekolah
#Dr Nik Raihan Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan