awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelam Malaysia maut di perairan Aceh, jenazah dibawa pulang

Bernama
Bernama
01/06/2025
15:00 MYT
Penyelam Malaysia maut di perairan Aceh, jenazah dibawa pulang
Jenazah seorang lelaki warga Malaysia yang meninggal dunia semasa melakukan aktiviti selaman di perairan wilayah Aceh, Indonesia telah dibawa pulang ke tanah air, menurut pegawai pada Ahad. - Foto agensi/via Sinar Harian
JAKARTA: Jenazah seorang lelaki warga Malaysia yang meninggal dunia semasa melakukan aktiviti selaman di perairan wilayah Aceh, Indonesia telah dibawa pulang ke tanah air, menurut pegawai pada Ahad.
Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Shahril Nizam Abdul Malek mengesahkan bahawa jenazah Haikal Rafie Halim, 33, dari Selangor telah diterbangkan ke Kuala Lumpur pada petang Ahad.
"Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda di Aceh pada 4.55 petang waktu tempatan menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur," katanya kepada Bernama.
Haikal merupakan seorang daripada tiga penyelam Malaysia yang menyertai aktiviti selaman bersama seorang jurupandu tempatan apabila mereka berdepan arus bawah yang kuat berhampiran lokasi selaman Canyon di perairan Pulau Weh, dekat Sabang pada Sabtu.
"Haikal dipercayai panik dan diarahkan untuk naik ke permukaan. Apabila tiba di permukaan, beliau didapati tidak sedarkan diri dan dilaporkan berbuih di mulut," kata Ketua Polis Sabang, Sukoco dalam satu kenyataan.
Mangsa kemudian dibawa menaiki bot laju ke Pantai Iboih dan dikejarkan ke pusat kesihatan, namun disahkan meninggal dunia pada 10.50 pagi sebelum dibawa ke Hospital Sabang untuk dibedah siasat, tambahnya.
Kejadian itu berlaku berhampiran Monumen Kilometer Sifar, iaitu lokasi selaman popular yang sering dikunjungi pelancong tempatan dan antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyelam Malaysia
#jenazah dibawa pulang
#Aceh
#Haikal Rafie Halim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan