Penyelewengan barangan bersubsidi seperti minyak masak ke negara jiran terutama menjelangnya Aidilfitri ini masih terkawal dengan kawalan dan pemantauan ketat tetap dilaksanakan pihak berkuasa.
Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PKPDNHEP) Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, semua pihak berkuasa kini bekerjasama dalam membendung penyeludupan barangan berkenaan pada setiap masa.
"Kita akan terus menggerakkan task force dalam urusan memantau dan melaksanakan peraturan untuk mengawal masalah ini.
"Sebab itu kita nasihatkan kepada pihak peruncit dan pembungkus bagi memastikan buku stok yang mereka miliki diselenggara dengan betul dan baik kerana jika tidak kita mengetahui berlakunya penyelewengan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Adnan berkata, ada antara peruncit dan pembungkus mengambil mudah dalam penyediaan buku stok dan ketika diperiksa ada yang gagal mengemukakan buku berkenaan dan pihaknya terpaksa mengambil tindakan.
"Saya nyatakan kegagalan mengemukakan buku stok adalah satu kesalahan serius dan boleh diambil tindakan tegas," katanya.
Beliau berkata, ketika operasi naziran pada 18 Mac hingga 22 Mac lepas, pejabat itu telah membuka 16 kes kertas siasatan dengan enam kes dituduh di mahkamah, empat kes dikenakan tindakan kompaun dan enam kes masih dalam siasatan.
Kesemua mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(4)(a) dan (b) Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu gagal mengemukakan maklumat setelah diminta oleh pegawai bekalan secara bertulis dan mengemukakan maklumat palsu.
"Ia termasuk melanggar Peraturan 13(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana gagal menyelenggara buku stok," katanya.
Sementara itu, pada 16 Feb lepas pihaknya telah bertindak ke atas sebuah stesen minyak mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang ketika serbuan mendapati terdapat tiga buah kenderaan disyaki penyeludup sedang membuat pengisian minyak ke dalam tangki tambahan kenderaan.
Katanya, pemilik stesen minyak berkenaan telah melanggar Peraturan 12A, Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(4)(a) Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu gagal mengemukakan maklumat yang dikehendaki.
"Pemilik kenderaan itu pula telah melakukan kesalahan iaitu berurus niaga barang kawalan tanpa lesen," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2019
Barangan bersubsidi seperti minyak masak adalah antara yang diseludup ke Thailand. - Gambar hiasan
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Penyelewengan barangan bersubsidi ke negara jiran masih terkawal
Semua pihak berkuasa kini bekerjasama dalam membendung penyeludupan barangan berkenaan pada setiap masa.