awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelia didakwa tipu jual beli tanah tidak wujud

Bernama
Bernama
24/05/2023
09:09 MYT
Penyelia didakwa tipu jual beli tanah tidak wujud
Tertuduh didakwa memperdayakan enam individu yang merupakan kontraktor, pemandu lori, juruelektrik dan dua rakan sekerja dengan menawarkan penjualan lot-lot tanah di sekitar Alor Gajah dan Jasin pada harga murah sejak 2022. -Gambar hiasan
ALOR GAJAH: Seorang penyelia syarikat pembersihan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas enam pertuduhan urusan jual beli lot tanah yang tidak wujud membabitkan nilai RM60,661.
S. Sevasangar, 41, didakwa memperdayakan enam individu yang merupakan kontraktor, pemandu lori, juruelektrik dan dua rakan sekerja dengan menawarkan penjualan lot-lot tanah di sekitar Alor Gajah dan Jasin pada harga murah sejak 2022.
Mangsa Abdul Halim Chong Abdullah, 40; V. Muniandi, 36; Muhammad Azizol Jaapar, 45; Mazlan Abd Ghani, 53; Hairul Nizar Md Tan, 45, dan Kamarulzaman Abdul Rashid, 42, mendakwa masing-masing kerugian antara RM2,051 hingga RM33,000.
Sevasangar didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai serbaneka dan di Taman Pengkalan Indah di sini antara Mei 2022 hingga 30 Mac lepas mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nor Sa'ari manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin membenarkan jaminan RM28,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Jun depan untuk sebutan semula kes, pengurusan dokumen serta lantikan peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#lantikan peguam
#Kanun Keseksaan
#Kontraktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan