KUALA TERENGGANU: Seorang penyelia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memuat naik kandungan video dan gambar lucah dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan aplikasi Google Drive, lima tahun lepas.
Ahmad Tarmizi Mohd, 28, mengaku melakukan kedua-dua perbuatan itu yang kemudiannya dilihat di sebuah rumah di Padang Sena di sini pada 12 tengah malam 11 Mei 2017.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim Nooriah Osman menetapkan 28 Feb ini untuk menjatuhkan hukuman dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan.
Terdahulu Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Nazrul Hizam Mohd Zameri menawarkan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan terhadap Ahmad Tarmizi yang tidak diwakili peguam itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022
Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
Laporan Bank Dunia: Sistem pendidikan didakwa ketinggalan, Masa gesa tindakan segera
Azril mencadangkan agar penelitian tuntas dan telus terhadap sistem pendidikan dilakukan segera terhadap beberapa perkara.
Apple dijangka tambah ciri AI pada Safari melalui iOS 18
Ciri kecerdasan buatan pada Safari kelak akan memudahkan beberapa proses pelayaran.
'Tiada kartel dalam Lembaga Maktab Mahmud'
Video yang ditularkan semula itu sudah disunting dan diubah suai daripada video sebenar serta tiada kakitangan yang diturunkan pangkat seperti yang dinyatakan.
KESUMA ikrar laksana latihan kemahiran bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berikrar akan berusaha sebaik mungkin untuk pelaksanaan latihan kemahiran bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia.
Stres tempat kerja wujud, perlu kemahiran tanganinya
Stres di tempat kerja sememangnya wujud, tetapi perlukan kemahiran untuk menanganinya.
Pakar Psikologi Kaunseling UPNM, Prof Datuk Dr Mohd Fadzil Che Din berpandangan jika stress tidak ditangani ia akan menyebabkan seseorang individu merasa tertekan yang boleh menjurus kepada masalah kesihatan mental.
Pakar Psikologi Kaunseling UPNM, Prof Datuk Dr Mohd Fadzil Che Din berpandangan jika stress tidak ditangani ia akan menyebabkan seseorang individu merasa tertekan yang boleh menjurus kepada masalah kesihatan mental.
Boleh guna kad debit & kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Pengguna perkhidmatan pengangkutan awam rel kini boleh menggunakan kad debit atau kredit di semua kaunter khidmat pelanggan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), bermula Selasa.
Sistem pendidikan ketinggalan, MASA gesa kerajaan tidak bersikap pasif
Kerajaan digesa untuk mengambil tindakan segera dan tidak hanya bersikap pasif terhadap laporan Bank Dunia bertajuk “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundational Skills” yang memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan tahap awal di Malaysia.
Gaji penjawat awam akan dinaikkan dengan kadar lebih 13 peratus
Kenaikan gaji Penjawat Awam akan meningkat lebih 13 peratus yang akan melibatkan peruntukan lebih RM10 billion.
Perkara ini akan dilaksanakan bermula Disember 2024.
#AWANInews
Perkara ini akan dilaksanakan bermula Disember 2024.
#AWANInews
Kepentingan pekerja Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan
Kerajaan Sabah dan Sarawak telah bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Labour Ordinance Cap 67) dan Sarawak (Ordinan Buruh Sarawak - Bab 76) untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.
RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
#AWANInews
RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
#AWANInews
Pendapatan penjawat awam lebih RM2,000 sebulan di bawah SSPA baharu
Pada masa ini, jumlah pendapatan minimum, meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam sedia ada adalah RM1,795 sebulan.
Di bawah SSPA yang sedang diperincikan, Kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.
#AWANInews
Di bawah SSPA yang sedang diperincikan, Kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.
#AWANInews
Penyelia mengaku bersalah muat naik video lucah
Seorang penyelia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas dua pertuduhan memuat naik kandungan video dan gambar lucah dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan Google Drive.