awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelia penyelenggaraan rugi lebih RM140,000 terperdaya skim pelaburan saham dalam talian

Bernama
Bernama
24/10/2024
06:15 MYT
Penyelia penyelenggaraan rugi lebih RM140,000 terperdaya skim pelaburan saham dalam talian
Lelaki berusia 64 tahun itu ditipu oleh skim saham yang dikenali sebagai "Q-She," yang menawarkan pulangan segera sebanyak 15 peratus daripada modal yang dilaburkan. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang penyelia penyelenggaraan di sebuah syarikat swasta mengalami kerugian sebanyak RM149,291 setelah mendakwa terperdaya oleh skim pelaburan saham dalam talian pada Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata lelaki berusia 64 tahun itu ditipu oleh skim saham yang dikenali sebagai "Q-She," yang menawarkan pulangan segera sebanyak 15 peratus daripada modal yang dilaburkan.
Beliau berkata mangsa yang tertarik dengan keuntungan ditawarkan telah melakukan 10 transaksi pembayaran ke enam akaun bank berbeza berjumlah RM149,291 menggunakan wang simpanannya, bermula 27 Ogos hingga 14 Okt lepas.
"Keesokan harinya (15 Okt), mangsa cuba menuntut keuntungan seperti dijanjikan, namun suspek memberikan pelbagai alasan, malah dia diarahkan untuk membuat lagi bayaran tambahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Namun, beliau berkata mangsa menyedari dia ditipu sebelum dia bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, semalam.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan siasatan juga meliputi penglibatan keldai akaun sekiranya ada, dan tindakan akan dikenakan terhadap pemilik akaun terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penipuan dalam talian
#pelaburan dalam talian
#kes penipuan
#golongan profesional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan