KUALA LUMPUR: Penyelidik Malaysia berjaya membawa pulang tiga hadiah utama selain 24 pingat emas, 27 pingat perak dan 37 pingat gangsa, menerusi penyertaan dalam Seoul International Invention Fair (SIIF 2021).
Presiden Persatuan Saintis Penyelidik Malaysia (MARS) Dr Muhd Noor Muhd Yunus berkata tiga hadiah utama tersebut, iaitu dua "Grand Prize" dan satu "Best Inventor" (Pencipta Terbaik), telah dinilai berdasarkan tahap reka bentuk teknologi, kebolehpasaran dan nilai pasaran produk.
Sementara itu, menurut Setiausaha MARS Hasfazilah Hassan, penyertaan Malaysia kali ini meningkat dua kali ganda berbanding tahun lepas, menjadikan jumlah penyertaan sebanyak 113 inovasi daripada 23 insititusi pengajian tinggi dan institusi penyelidikan.
"Kejayaan penyelidik kita di persada antarabangsa seperti ini merupakan satu penghargaan dan penghormatan yang besar terhadap hasil usaha penyelidik-penyelidik dari Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
MARS merupakan organisasi eksklusif yang dilantik oleh Korea Invention Promotion Association (KIPA) untuk membawa penyertaan dari Malaysia ke SIIF.
Dalam pada itu, pertandingan yang berlangsung dari 1 sehingga 4 Dis lepas di Korea Selatan itu telah berjaya menghimpunkan tidak kurang daripada 465 produk reka cipta dari lebih 24 negara.
--BERNAMA
Bernama
Sat Dec 11 2021
Dr Muhd Noor berkata tiga hadiah utama tersebut, iaitu dua "Grand Prize" dan satu "Best Inventor" (Pencipta Terbaik), telah dinilai berdasarkan tahap reka bentuk teknologi, kebolehpasaran dan nilai pasaran produk. - Foto Dagangnews.com
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Penyelidik Malaysia harumkan nama negara dalam SIIF 2021
Penyelidik Malaysia berjaya membawa pulang tiga hadiah utama selain 24 pingat emas, 27 pingat perak dan 37 pingat gangsa, menerusi penyertaan dalam Seoul International Invention Fair (SIIF 2021).