awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelidikan MARDI mampu kurangkan kebergantungan import bawang negara

Astro Awani
Astro Awani
28/11/2023
13:47 MYT
Penyelidikan MARDI mampu kurangkan kebergantungan import bawang negara
Zabawi berkata, penyelidikan berkaitan bawang dijalankan secara intensif sejak 2020 bagi memperkenalkan dan meningkatkan produktiviti pengeluaran bawang merah - Foto/Ihsan MARDI
KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) optimis penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan pihaknya mampu mengurangkan kebergantungan import bawang negara dalam tempoh lima tahun.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata, penyelidikan berkaitan bawang dijalankan secara intensif sejak 2020 bagi memperkenalkan dan meningkatkan produktiviti pengeluaran bawang merah dalam agroklimat negara melalui tindakan inovasi dan R&D.
“Ekoran daripada krisis bekalan bawang import akibat bencana banjir besar di India pada 2020 yang mengakibatkan harga jualan bawang telah meningkat sehingga tiga kali ganda dari RM3 sekilogram kepada RM16 sekilogram, kita mengambil keputusan menggiatkan lagi aktiviti penyelidikan bagi membantu kerajaan mengurangkan kebergantungan kepada import bawang.
“Strategi kajian yang telah dijalankan melibatkan pembangunan teknologi pengeluaran bawang merah ke arah peningkatan produktiviti, adaptasi tanaman di tanah rendah, pengurangan masalah perosak, penyakit dan kerosakan lepas tuai serta pengukuhan pemasaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Zabawi menambah, MARDI sedang giat mengkomersialkan pengeluaran benih dan bahan tanaman utama bawang merah dalam usaha meluaskan tanaman tersebut di dalam negara.
Ia katanya, bagi memastikan teknologi tersebut mampu berdaya saing, demi memastikan kedaulatan makanan terjamin serta meningkatkan ekonomi negara.
Ujar beliau lagi, pengkomersialan pengeluaran bawang merah MARDI akan bermula pada awal tahun hadapan dengan tumpuan kepada pengeluaran benih dan peluasan kawasan di plot-plot usahawan tani.
“MARDI kini dalam fasa permulaan dengan menghasilkan benih-benih bawang dari bebawang yang ditanam di sebidang tanah berkeluasan satu hektar di ibu pejabat MARDI untuk kita edarkan kepada petani-petani yang telah dikenal pasti untuk mereka mulakan penanaman bawang.
“Pada tahun hadapan, MARDI dengan bantuan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga bercadang untuk kembangkan plot-plot tanaman bawang sehingga 20 hektar kepada usahawan tani yang berminat di seluruh Malaysia," katanya.
Menurut Zabawi, pihaknya berhasrat meningkatkan kepada 40 hektar pada 2025 dan seterusnya 100 hektar menjelang 2030.
Selain daripada usaha dalaman, beliau berkata MARDI turut mengumumkan kerjasama strategik dengan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) untuk mewujudkan pusat pengeluaran benih bawang di Perak.
Topic Berkaitan
#Import bawang negara
#MARDI
#sumber makanan Malaysia
#PPPNP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan