awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
MyEG tukar nama kepada Zetrix AI berkuat kuasa 3 Julai
MALAYSIA
Laporan siasatan letupan Putra Heights: Dua kumpulan khas ditubuh untuk siasat, rancang tindakan - Amirudin
MALAYSIA
Lawatan sulung Anwar ke Itali, teroka peluang baharu ekonomi - Duta Besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Penyenaraian Regatta Lepa dalam kalendar pelancongan dapat promosikan budaya Bajau

Bernama
Bernama
30/06/2025
03:30 MYT
Penyenaraian Regatta Lepa dalam kalendar pelancongan dapat promosikan budaya Bajau
Hajiji berkata Sabah merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai etnik dan budaya, justeru usaha memartabatkan khazanah budaya dan warisan etnik adalah antara elemen utama yang menjadikan negeri ini produk pelancongan yang popular. - Facebook Hajiji
SEMPORNA: Pesta tradisional ikonik suku kaum Bajau di Sabah, iaitu Regatta Lepa yang kini tersenarai dalam kalendar pelancongan negeri tahun ini, mampu menarik kedatangan lebih ramai pelancong sekali gus merasai kemeriahan acara itu yang menampilkan pelbagai bot tradisional berwarna-warni.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata menerusi Regatta Lepa, Sabah dapat memperkenalkan keindahan budaya masyarakat Bajau dan usaha pemeliharaan warisan maritim kepada para pelancong dari seluruh dunia.
"Lebih istimewa, tahun ini ialah kali ke-30 pesta Regatta Lepa Semporna dianjurkan sekali gus membuktikan keteguhan komitmen masyarakat Semporna dalam memartabatkan warisan budaya mereka," katanya pada majlis penutupan Regatta Lepa Semporna di Padang Bandaran, di sini malam tadi.
Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Christina Liew.
Hajiji berkata Sabah merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai etnik dan budaya, justeru usaha memartabatkan khazanah budaya dan warisan etnik adalah antara elemen utama yang menjadikan negeri ini produk pelancongan yang popular.
"Rakyat Sabah terdiri daripada 35 kumpulan etnik yang masing-masing mempunyai budaya, bahasa dan perayaan tersendiri ... menjadikan Sabah sebagai satu daripada destinasi pelancongan pilihan, sama ada bagi pelancong tempatan mahupun antarabangsa," katanya.
Regatta Lepa Semporna yang diadakan selama dua hari bermula pada Sabtu lepas turut menampilkan pelbagai pengisian menarik seperti perarakan lepa tradisi, pengibaran Sambulayang, pemilihan Ratu Lepa dan penganugerahan Tokoh Regatta Lepa.
Hajiji dalam pada itu, turut mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjuran acara Igalthon yang menyaksikan persembahan tarian tradisional Bajau dikenali sebagai Igal-Igal berlangsung selama satu jam tanpa henti melibatkan penari daripada pelbagai kumpulan budaya dan komuniti.
Beliau berkata acara itu dimasukkan dalam Malaysia Book of Records sebagai persembahan tarian Igal-Igal terpanjang, pada 21 Jun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#Regatta Lepa
#Sabah
#budaya
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami