NATIONAL
Penyerahan hoverkraf 'SALAMANDER' kepada TDM dijangka Oktober ini

Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menerima dua unit hoverkraf pertama pada Oktober ini, dengan empat unit lagi dijadualkan untuk Oktober 2026.
KUALA LUMPUR: Fasa pertama penyerahan dua unit Hovercraft Fast Interceptors atau nama tempatannya 'SALAMANDER' kepada Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka dilaksanakan pada Oktober ini.
Ringkasan AI
- Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menerima dua unit hoverkraf pertama pada Oktober ini, dengan empat unit lagi dijadualkan untuk Oktober 2026.
- IDC Technologies memenangi tender untuk membekalkan enam unit hoverkraf bernilai RM20.37 juta dan akan melaksanakan kursus pengendalian.
- Hoverkraf ini boleh digunakan untuk operasi ketenteraan khas, mencari dan menyelamat (SAR), serta bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR).
IDC Technologies memenangi tender pembekalan enam unit hoverkraf pada Januari lepas bernilai RM20.37 juta.
Kontrak itu meliputi membekal, menghantar, menguji dan mentauliah selama tiga tahun.
IDC Technologies akan membekalkan hoverkraf keluaran Airlift Hovercraft Pty Ltd yang berpangkalan di Queensland, Australia bagi model Kaiman atau nama tempatannya SALAMANDER bagi perolehan ini.
Beliau berkata syarikat Bumiputera itu juga akan melaksanakan kursus pengendalian kepada pasukan pengguna yang melibatkan anggota teknikal dan pengendali bagi memastikan pengoperasian hoverkraf itu kelak berjalan lancar.
Shahrulamir berkata hoverkraf berkenaan yang mampu memuatkan 10 orang termasuk dua pengendali dan lapan penumpang adalah aset amfibia (dua alam) yang boleh bergerak di darat dan air.
Hoverkraf berkenaan mampu bergerak pantas atas air dan darat dengan minimum masa pengoperasian tujuh jam pada cruising speed tanpa pengisian semula minyak.
Ia sekali gus membolehkan aset itu digunakan untuk pelbagai operasi khas ketenteraan seperti kerja penyusupan atau pendaratan pantas dan sesuai untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Hoverkraf itu juga boleh digunakan bagi operasi Military Operation Other than War (MOOTW), termasuk bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR) seperti menyelamat mangsa banjir dan sangat berguna untuk operasi di kawasan yang sukar diakses seperti pantai, paya, atau kawasan dilanda banjir.
Shahrulamir juga memaklumkan bahawa syarikatnya juga aktif menyertai beberapa tender Kementerian Pertahanan serta bercadang mengambil bahagian tender perolehan aset strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami