Selepas penantian hampir 17 bulan ke atas misteri paling besar industri penerbangan, akhirnya ia boleh dikatakan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 disahkan terhempas di Lautan Hindi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal pagi ini secara rasmi mengumumkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah sah milik MH370 yang hilang dari radar pada tengah malam 8 Mac tahun lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Namun persoalan sekarang adalah apa yang berlaku selepas pengumuman ini?
Menurut Kapt Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, penemuan serpihan itu adalah bukti fizikal pertama pesawat tersebut sebenarnya terhempas di Lautan Hindi seperti yang dijangka oleh pasukan mencari.
"Ia adalah bukti fizikal pertama dan jika dilihat daripada corak pergerakan ombak di lautan, adalah tidak mustahil serpihan itu hanyut ke pulau itu," kata bekas ketua juruterbang MAS itu kepada Bernama.
Katanya selepas pengesahan serpihan itu adalah sebahagian daripada pesawat tersebut, pasukan siasatan harus membuat senarai inventori bahagian pesawat Boeing 777 itu yang mungkin boleh hanyut.
"Dengan cara ini, pasukan siasatan pasti boleh mengenalpasti secara pantas jika ada bahagian lain daripada pesawat itu yang ditemui penduduk pulau tersebut," katanya.
Nik Ahmad berkata pasukan itu juga harus membuat model objek hanyut bagi mencari laluan kemungkinan serpihan lain di lautan berkenaan.
"Mereka juga harus melakukan simulasi menggunakan komputer untuk cuba mencari lokasi sebenar tempat ia terhempas di Lautan Hindi," katanya.
Bagi Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian yang juga Ketua Kajian dan Inovasi Universiti Kuala Lumpur, tugas utama sekarang adalah untuk mengesan lebih banyak serpihan dan kemungkinan untuk itu adalah tinggi dengan penemuan itu.
"Langkah seterusnya pasti untuk menumpukan pencarian di sekitar Madagascar dan Afrika kerana serpihan pesawat berkemungkinan besar hanyut ke sana.
"Selain itu, lebih banyak ujian dan analisis perlu dibuat ke atas serpihan itu untuk memastikan sama ada pesawat tersebut terhempas ke laut atau terlebih dahulu meletup di udara," katanya.
VIDEO: Sidang akhbar pengesahan serpihan pesawat di Pulau Reunion sah milik MH370
FOTO: Debaran sekitar pengumuman Perdana Menteri flaperon milik MH370
BACA: Serpihan di Pulau Reunion sah milik MH370. Apa yang telah diketahui
Walaupun pengumuman Najib itu membongkar banyak soalan yang tidak terjawab lebih daripada setahun, ia tetap memberi cabaran yang lebih besar kepada penyiasat yang terlibat dalam misi pencarian ini.
Menurut Harridon, cabaran termasuk mencari keseluruhan pesawat yang mungkin terbenam di dasar laut serta mengesan 239 mayat yang mungkin bertaburan pasti satu tugas besar yang memerlukan kesungguhan daripada pasukan mencari.
"Ia pasti sukar dan mencabar untuk pasukan mencari kerana untuk mengesan serpihan adalah proses yang rumit kerana objek biasanya kecil," katanya.
Pesawat itu hilang 120 batu nautika dari timur Kota Kinabalu di Laut China Selatan, dan tiada isyarat kecemasan diberikan dari pesawat Boeing 777-200ER yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam dan dijangka tiba di Beijing pukul 6.30 pagi.
Bernama
Wed Aug 05 2015
Penemuan serpihan itu adalah bukti fizikal pertama pesawat tersebut sebenarnya terhempas di Lautan Hindi seperti yang dijangka oleh pasukan mencari. - Foto EPA
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Bangkai pesawat MH370 ditemui?
Seorang pakar amatur Australia dalam siasatan kemalangan udara mendakwa telah menemui pesawat MH370 yang hilang empat tahun lalu menerusi aplikasi Google Earth.
Serpihan kedua pesawat dipercayai milik MH370 dijumpai di Pulau Reunion
Serpihan kedua itu dijumpai Johnny Begue, orang sama yang menjumpai 'flaperon' yang disahkan daripada MH370 pada Julai tahun lalu.
MH370: Usah terus menghukum Kapten Zaharie - Kakak
Tiada apa yang nyata dan membuktikan dia (Kapten Zaharie) bersalah. Ia sama seperti menjangkakan dia bersalah sehingga dia dibuktikan tidak bersalah.
Flaperon: Pasukan pencari MH370 perlu lebih maklumat daripada pakar - Liow
Liow menyuarakan harapan beliau agar para pakar dapat memberi maklumat terperinci kepada pasukan berkenaan, termasuk mengenai lokasi tepat alat itu dijumpai.
Perancis selesaikan siasatan fasa pertama terhadap flaperon MH370 - JACC
Pasukan siasatan diketuai Perancis sudah menyelesaikan pemeriksaan fasa pertama ke atas flaperon pesawat MH370.
Misi mencari serpihan MH370 di Pulau Reunion dihentikan
Operasi mencari lebih banyak serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di Pulau Reunion dihentikan semalam (Isnin).
JACC akhirnya sahkan flaperon dari MH370
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia mengesahkan perkara tersebut dalam satu kenyataan pada Rabu.
MH370: Kerajaan akan bincang dengan China, Australia berhubung kotak hitam
Perbincangan itu membuktikan kerajaan akan terus melakukan apa sahaja termampu bagi menyiasat tragedi yang menimpa pesawat malang itu.
MH370: Tunjukkan kami bukti yang kukuh - waris mangsa
Grace tidak yakin flaperon itu milik pesawat yang meragut 239 nyawa termasuk ibunya Anne Daisy kerana kerajaan Perancis masih melakukan siasatan dan analisis terhadap serpihan yang dijumpai.
MH370: Waris penumpang China tidak percaya bukti dari serpihan pesawat
Suasana hiba mengiringi kaum keluarga penumpang yang berkumpul di luar pejabat Malaysia Airlines di Beijing.