awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pepim sumbang pelitup muka kepada semua sekolah kebangsaan di Ampang

Firdaus Azil
Firdaus Azil
21/08/2020
09:11 MYT
Pepim sumbang pelitup muka kepada semua sekolah kebangsaan di Ampang
Sumbangan itu bagi membolehkan murid yang keluarganya tidak mampu membeli pelitup muka turut memilikinya seperti rakan-rakan mereka, kata Zaid Mokhtar.
Persatuan Kebajikan Harapan Insan Miskin (Pepim) akan menyumbang pelitup muka kepada murid kurang berkemampuan di semua Sekolah Kebangsaan (SK) dalam daerah ini.
Presiden Pepim, Datuk Zaid Mokhtar berkata, sumbangan itu bagi membolehkan murid yang keluarganya tidak mampu membeli pelitup muka turut memilikinya seperti rakan-rakan mereka.
"Biarpun tidak diwajibkan, tetapi pemakaian pelitup muka sangat digalakkan oleh kerajaan untuk dipakai oleh murid dan pelajar sekolah.
"Pepim juga ingin menyokong usaha kerajaan itu bagi menggalakkan murid sekolah memakai pelitup muka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Zaid berkata, pelitup muka yang akan disumbangkan Pepim itu dari jenis fabrik yang mudah dicuci dan disimpan oleh kanak-kanak.
"Selain itu, pelitup muka ini juga akan mempunyai pelbagai corak yang menarik," katanya.
Beliau dalam pada itu berkata, dalam keadaan negara masih belum bebas sepenuhnya dari penularan pandemik Covid-19, pemakaian pelitup muka di sekolah adalah sangat digalakkan.
"Elemen kebersihan diri perlu diterapkan dalam diri setiap murid sekolah termasuklah membabitkan aspek pemakaian pelitup muka.
"Untuk murid sekolah patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan adalah sukar, jadi kita perlu didik mereka dengan memakai pelitup muka setiap kali ke sekolah," katanya.
Topic Berkaitan
#Ampang
#Kanak-kanak
#kerajaan
#koronavirus
#operasi
#pandemik
#pelajar
#pelitup muka
#PEPIM
#presiden
#sekolah
#SOP
#Zaid Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan