GOMBAK: Tindakan seorang lelaki yang meragut membawa padah apabila dia ditahan oleh orang awam ketika cuba melarikan diri di Jalan SG 3/11, Taman Sri Gombak, di sini pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 8.10 pagi di Balai Polis Gombak.
"Mangsa merupakan wanita tempatan berusia 33 tahun berasal dari Gombak.
"Semasa berada di hadapan gerai milik Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebuah motosikal jenis Yamaha LC ditunggang suspek telah meragut beg 'clutch' milik mangsa.
"Semasa cuba melarikan diri, suspek terlanggar sebuah kereta.
"Dengan bantuan orang awam di lokasi kejadian, suspek berjaya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Zainal Mohamed berkata, siasatan awal mendapati suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 29 tahun mempunyai 20 rekod jenayah dan tiga rekod berkaitan dadah.
Tambahnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang untuk permohonan reman pada Jumaat.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan rompak yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 14 tahun dan sebat, atau denda," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Sep 30 2021
Suspek berjaya ditahan oleh orang ramai selepas meragut seorang wanita di hadapan gerai milik Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Gombak pada Khamis. -Foto Sinar Harian
Tahfiz perlu turut dalami ilmu sains dan teknologi - Abang Johari
Tahfiz tidak seharusnya terhad kepada pengajian berkaitan agama saja, tetapi juga perlu dilengkapi dengan pengetahuan luas dalam ilmu sains serta teknologi.
Jasad pendaki Malaysia selamat dibawa turun dari Gunung Denali, Alaska
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Ahad berkata jasad pendaki itu kini berada di pejabat kesihatan tempatan menunggu untuk dibedah siasat.
Lima projek mitigasi banjir berkos RM247 juta dilaksanakan di SPS
Lima projek mitigasi banjir jangka pendek dan jangka panjang sedang dan akan dilaksanakan di daerah Seberang Perai Selatan.
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes buang kucing dalam sungai
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong.
Penuntut UiTM nyaris maut kereta terjunam dalam sungai
Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.
Kerajaan sedia pelbagai inisiatif bagi majukan TVET - Ahmad Zahid
Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk memajukan Pendidikan dan Latihan dan Teknikal Vokasional (TVET) di negara ini.
Nahas helikopter TLDM: Keluarga Muhammad Firdaus terima dengan hati terbuka laporan akhir
Keluarga Allahyarham Muhammad Firdaus Ramli yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM menerima dengan hati terbuka laporan akhir siasatan.
Ibu hamil maut kemalangan motosikal
Pihak hospital memaklumkan mangsa dan anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia manakala suami mangsa tidak mengalami kecederaan.
Enam MP Bersatu gugur keahlian, terlucut kerusi Parlimen - Wan Fayhsal
Keahlian enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tergugur secara automatik.
AWANI Ringkas: Syarikat kapal milik Israel di Iskandar Puteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peragut dijel enam bulan
Lelaki warga tempatan berusia 27 tahun itu ditahan ketika cuba meragut seorang wanita pada Isnin lalu.
Pasangan kekasih aktif ragut rantai emas diberkas polis
Suspek lelaki berusia pertengahan 30-an ditahan sebaik tiba dari Kuala Lumpur di stesen bas di Butterworth kira-kira jam 6 pagi pada 27 Februari lepas.
Polis buru suspek kes ragut di Setapak Jaya
Ketika kejadian, mangsa yang menunggang sebuah motosikal berhenti di tepi jalan untuk membeli makanan.
Penjenayah cuba rasuah polis RM4 juta
Dia menawarkan kepada anggota polis yang menangkapnya sebanyak AS$1 juta untuk membebaskannya.
Peragut rantai emas diberkas
Pihak polis turut merampas pakaian, beg, sebuah telefon bimbit dan sebuah motosikal jenis Yamaha NVX warna hitam.
Peragut gagal lolos ditangkap orang ramai
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang untuk permohonan reman pada Jumaat.
Peragut berputih mata ragut rantai emas palsu
Mangsa enggan membuat laporan polis kerana rantai yang diragut hanya emas tiruan.
Lelaki ditahan dipercayai terlibat lima kes ragut
Lelaki itu ditahan pada 8.30 pagi di Taman Orkid, di sini, oleh anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Kluang.
Pencuri parah selepas terjun dari tingkat tiga
Seorang penjenayah parah selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan apabila cuba melarikan diri daripada dicekup kerana meragut beg tangan seorang wanita dalam kejadian di Api-Api Centre.
Mangsa ragut maut selepas seminggu koma
Mangsa ragut di Kampung Sri Rebana, Machang maut selepas seminggu koma akibat pendarahan dalam kepala.