awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak capai jualan RM2 juta sepanjang MATTA Fair

Bernama
Bernama
25/03/2023
08:32 MYT
Perak capai jualan RM2 juta sepanjang MATTA Fair
Nilai jualan itu jelas menunjukkan bahawa Perak merupakan salah satu pempamer yang paling popular di MATTA Fair. -Gambar fail/Astro AWANI
IPOH: Sebanyak RM2 juta hasil jualan tiket produk pelancongan dan tempahan bilik hotel, telah diraih pada Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembara Malaysia (MATTA Fair) yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Loh Sze Yee berkata nilai jualan itu, jelas menunjukkan bahawa Perak merupakan salah satu pempamer yang paling popular di MATTA Fair.
"Tourism Perak telah mempelbagaikan lagi capaian orang ramai kepada produk pelancongan negeri Perak, dengan menandatangani memorandum persefahaman bersama pihak Tourplus Technology iaitu aplikasi yang berfungsi sebagai enjin penempahan yang hanya memfokus produk pelancongan di negeri Perak.
"Platform ini menawarkan pelbagai pilihan perkhidmatan antaranya tempahan hotel, pengangkutan awam, baucar urutan spa, makanan dan lain-lain lagi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Loh berkata kerajaan negeri sedang giat memperkasakan kerja promosi dan publisiti melalui Tourism Perak, serta merancang untuk memohon peruntukan khas daripada kerajaan negeri bagi melaksanakan lebih banyak projek sempena Tahun Melawat Perak 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MATTA Fair
#pelaburan
#pelancongan
#promosi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan