awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak catat 132 kemalangan dalam tempoh 24 jam Op Selamat dilancar

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
29/01/2022
08:38 MYT
Perak catat 132 kemalangan dalam tempoh 24 jam Op Selamat dilancar
Daerah Ipoh mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 56 kes diikuti Taiping (15) dan Tapah (12). - Gambar hiasan/ Bernama
IPOH: Dalam tempoh 24 jam Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina dilancarkan, Perak sudahpun mencatatkan 132 kemalangan jalan raya dengan satu kematian.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Azizan Hassan, berkata kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal yang merupakan seorang lelaki 40 tahun di Taiping.
"Sejak Op Selamat dilancarkan semalam, statistik kemalangan yang telah berlaku adalah 132 kes yang mana satu melibatkan kemalangan maut.
"Kami meningkatkan pemantauan di beberapa lokasi 'hotspot' yang mana berlaku kesesakan iaitu sebanyak 28 lokasi yang dikenal pasti termasuk di Ipoh iaitu di Jalan Sultan Iskandar, Jalan Sultan Idris Shah, Jalan Kuala Kangsar, Jalan Sultan Nazrin Shah dan Jalan Simpang Pulai," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau aliran trafik di Jalan Sultan Idris Shah di sini, Sabtu.
Dalam pada itu Azizan memberitahu antara lokasi panas lain yang turut dikenal pasti adalah di Tol Changkat Jering, Kamunting dan Simpang di Taiping.
Sementara daerah manjung melibatkan kawasan di Pantai Remis, Ayer Tawar, Lekir serta Teluk Batik.
Mengulas tentang statistik kes kemalangan dalam op sama, daerah Ipoh mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 56 kes diikuti Taiping (15) dan Tapah (12).
"Kuala Kangsar mencatatkan sembilan kes, Kampar (lapan), Kerian dan Muallim (tujuh), Hilir Perak (empat), Batu Gajah, Gerik, Manjung dan Perak Tengah (tiga) manakala Selama dan Sungai Siput masing-masing satu kes.
Topic Berkaitan
#Op Selamat
#Tahun Baharu Cina
#kemalangan
#24 jam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan