Kerajaan Negeri Perak mengambil keputusan untuk menghadkan jumlah kedatangan pengunjung ke hutan Royal Belum, Gerik dalam sesuatu masa bagi memastikan hutan malar tertua dunia itu terus terpelihara.
Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, sekiranya tiada langkah kawalan serius dibuat, dikhuatiri khazanah alam berusia lebih 130 juta tahun itu berisiko untuk terjejas ekoran lambakan pengunjung.
"Kita memang mahu (pelancong) seramai mungkin tetapi dalam masa sama, kita perlu ada kawalan bilangan sebenar yang boleh ke kawasan itu dalam satu-satu masa. Kalau tiada kawalan, akan timbul masalah serius terhadap alam sekitar.
"Setakat ini, memang tiada perkara serius walaupun kita tidak nafikan ada laporan berkenaan pemburuan haram, namun Kerajaan Negeri bertegas kita bekerjasama dengan pelbagai jabatan untuk memelihara kawasan berkenaan serta spesis-spesis haiwan terkawal yang ada di situ," katanya pada sidang media selepas mempengerusi mesyuarat Exco di sini pada Rabu.
Tambah beliau, jumlah bot, sampan serta rumah bot yang boleh beroperasi di kawasan terbabit juga akan dihadkan.
Selain itu, Menteri Besar juga memberitahu beberapa jabatan turut telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga hutan Royal Belum.
"Jabatan Perbadanan Taman Negeri, Jabatan Hutan, Pejabat Daerah dan beberapa lagi jabatan juga kita turut mengambil keputusan untuk memberi punca kuasa khusus.
"Sebagai contoh, Pejabat Daerah akan dipertanggungjawabkan untuk menyediakan lesen, penjagaan kawasan dan jumlah kedatangan pelancong. Jabatan Hutan pula perlu memastikan tiada sebarang aktiviti atau kegiatan haram berlaku di dalam kawasan itu," jelas beliau.
Pada tahun lalu, Royal Belum mencatatkan peningkatan pengunjung sehingga 200 peratus berbanding tahun-tahun sebelumnya dengan mencatatkan kedatangan 27,327 pelancong dari dalam dan luar ngara.
Majoriti daripada pelancong yang melawat hutan malar tertua dunia itu juga terdiri daripada negara-negara Eropah seperi Belanda, Itali dan Jerman.
Shafiq Noordin
Wed Mar 21 2018
Sekiranya tiada langkah kawalan serius dibuat, dikhuatiri khazanah alam berusia lebih 130 juta tahun itu berisiko untuk terjejas ekoran lambakan pengunjung. - Facebook/Royal Belum Houseboat & Outdoor Advanture
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Perak hadkan jumlah pengunjung ke Hutan Royal Belum
Ini bagi memastikan hutan malar tertua dunia itu terus terpelihara.