IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan menghantar 50 orang belia ke China bagi mengikuti latihan kemahiran jangka pendek dan panjang sebagai langkah permulaan membangunkan modal insan dalam usaha mengembangkan potensi tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak Khairudin Abu Hanipah berkata kolaboratif itu merupakan tawaran oleh industri dan Kerajaan China di bawah 'Belt and Road Initiative (BRI)' yang akan digerakkan oleh Tang International Education Group dengan kerjasama Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran atau dikenali sebagai Belia Mahir.
"Ini diharapkan dapat memenuhi keperluan pasaran dalam negara, dan juga melengkapi pasaran dunia," katanya semasa sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Dr. Abdul Aziz Bari (PH-Tebing Tinggi) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri mempunyai program kerjasama dengan pihak Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) selain menyediakan tapak di Tanjung Malim seperti mengadakan 'apprenticeship' program kepada pelajar Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan bidang lain yang berkaitan.
Khairudin (BN-Belanja) berkata cadangan Geely iaitu syarikat kenderaan terkemuka dari China, untuk membina sebuah universiti di Tanjung Malim dijangka akan memberi impak yang besar, khususnya dalam industri automotif global dengan penekanan kepada sistem dan teknologi baharu.
"Selain memberi kesan yang signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi, cadangan pembinaan universiti tersebut juga akan membuka peluang pekerjaan kepada pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya golongan belia.
"Oleh itu, kerajaan negeri menerusi agensi pelaksana Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) turut memastikan usaha berterusan dalam menampung keperluan tenaga kerja berkemahiran khususnya bagi perancangan dan pelaksanaan projek-projek pelaburan di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) Tanjung Malim," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri melaksanakan beberapa inisiatif bagi mendokong projek AHTV di Tanjung Malim dengan penubuhan Jawatankuasa Pekerjaan Wilayah Selatan yang dianggotai oleh Majlis Daerah Tanjung Malim, Pejabat Pendidikan Daerah, pihak Proton, vendor, institusi kemahiran yang menawarkan kursus bidang automotif serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Katanya jawatankuasa itu berfungsi sebagai pemudahcara dalam mengenalpasti keperluan dan permintaan di antara industri dan institusi latihan secara terperinci berkaitan skop pekerjaan, keperluan kemahiran dan keperluan tenaga kerja sama ada jangka pendek, sederhana dan panjang.
Selain itu, kursus jangka pendek modular industri turut dilaksanakan di daerah Muallim dan Batang Padang bagi meningkatkan penyertaan guna tenaga dalam bidang automotif untuk disalurkan kepada industri melibatkan 32 institusi kemahiran awam dan swasta Perak bagi sesi suai padan bersama pelajar tahun akhir yang mengambil jurusan automotif dan teknikal untuk disalurkan kepada industri.
Menurutnya kunjungan strategik turut diadakan kepada pihak Proton dan vendor dalam kerjasama pertukaran kepakaran diantara Institusi latihan serta tawaran latihan industri kepada pelajar dalam bidang automotif.
"Sebagai persediaan awal, Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang akan dijadikan hab latihan automotif dengan perkongsian tenaga pengajar daripada institusi dan industri bagi merangka kursus latihan yang lebih terperinci berdasarkan mesin, teknologi, prosedur operasi standard (SOP) serta keperluan industri," katanya.
Kerajaan Perak dilaporkan telah menerima cadangan daripada Geely untuk membina sebuah universiti di Tanjung Malim melibatkan pelaburan bernilai RM32 bilion yang akan diperuntukkan melalui AHTV.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Khairudin berkata kolaboratif itu merupakan tawaran oleh industri dan Kerajaan China di bawah 'Belt and Road Initiative (BRI)' yang akan digerakkan oleh Tang International Education Group. - Gambar fail/Bernama
Data & Statistik: Indeks keyakinan pengguna Indonesia, April 2024
Mencapai tahap tertinggi sejak Mei 2023, keyakinan pengguna Indonesia setakat April 2024 melonjak kepada 127.7, selepas lebih banyak pergerakan pada Februari (123.1) dan Mac (123.8).
Ratusan tebuan 'serang' tentera Israel
Insiden 'amukan tebuan' itu berlaku ketika operasi disertai Briged Divisyen Selatan di sempadan wilayah Gaza.
Remaja rentung terperangkap dalam asap tebal
Mayat mangsa berusia 15 tahun ditemukan di bahagian tingkat bawah rumah yang terbakar.
Media cetus minda masyarakat kreatif dan kritis - Aminuddin
Media berperanan menjadi wadah pencetus pembentukan minda masyarakat ke arah lebih kreatif dan kritis.
Belakan elektrik terputus di Mexico akibat gelombang haba
Cuaca panas yang teruk menyebabkan sistem bekalan elektrik terputus yang berlangsung selama beberapa jam di sejumlah kawasan Mexico.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
DBKL diarah segera tebang pokok berisiko tinggi.
Kes batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan.
Akaun Fleksibel: Pencarum serbu pejabat KWSP hingga kaunter ditutup.
DBKL diarah segera tebang pokok berisiko tinggi.
Kes batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan.
Akaun Fleksibel: Pencarum serbu pejabat KWSP hingga kaunter ditutup.
PM Anwar bertemu ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar
Perdana Menteri sampaikan ucapan takziah kepada Ismail yang kehilangan ahli keluarga dalam pengeboman kejam rejim Zionis.
AWANI Ringkas: Lawatan Qatar buahkan hasil | Persefahaman rakan gabungan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Warga Israel punggah, selerak bantuan untuk Gaza
Mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga Palestin.
Gunakan konsep Hilf al-Fudul untuk selesaikan isu kemanusiaan global - Mohd Na’im
Konsep pakatan Hilf al-Fudul mewujudkan keperluan untuk memastikan keadilan untuk semua melalui tindakan kolektif.
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Hampir 50 peratus belum daftar, Perak harap tempoh pendaftaran PADU dilanjutkan - Exco
Masih terdapat hampir 50 peratus rakyat di Perak masih belum mendaftar, kebanyakannya dalam kalangan penduduk di kawasan pedalaman.
Perak hantar 50 orang belia jalani latihan kemahiran di China
Kerajaan Negeri Perak akan menghantar 50 orang belia ke China bagi mengikuti latihan kemahiran jangka pendek dan panjang.
Perak kenal pasti lokasi pembangunan industri berteknologi tinggi
Kerajaan negeri Perak sedang mengenal pasti lokasi bersesuaian bagi membangunkan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, utara negeri itu.
Jual air: Tidak ada kaitan dengan politik, kalau Kelantan nak beli pun boleh - Saarani
Keputusan Kerajaan Perak yang bersedia untuk berbincang dengan Pulau Pinang berhubungan penjualan air terawat ke negeri itu tidak mempunyai kaitan dengan pengaruh politik.
Perak bentang RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023
Kerajaan Negeri Perak membentangkan RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 yang antara lain menaikkan jumlah penalti dan pembatalan lesen kepada penternak yang gagal mematuhi undang-undang.
Sidang DUN: Perak cadang Kerajaan Persekutuan ambil alih sekolah menengah tahfiz
Kerajaan Perak bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi pengurusan sekolah menengah tahfiz di negeri itu diambil alih oleh pusat.
Pulau Pinang akan teruskan perbincangan bekalan air dengan Perak - Chow
Pulau Pinang merancang untuk meneruskan perbincangan dan rundingan dengan Kerajaan Negeri Perak mengenai Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS), bagi mengimport air mentah dari negeri jiran.
MB Perak umum senarai portfolio Exco
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan senarai portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Pasca PRU15: Polis nafi kekecohan ahli UMNO di Lenggong, buka kertas siasatan
Polis Perak menafikan kononnya berlaku kekecohan di hadapan pejabat UMNO yang dikaitkan dengan penggabungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).