BATU GAJAH: Kerajaan Negeri Perak akan melaksanakan projek perintis Internet Pelbagai Benda (IoT) yang berupaya merancang dan mengawal pengunaan elektrik di masjid melalui aplikasi telefon pintar pada bulan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Mohd Azlan Helmi berkata inisiatif di bawah program ‘Smart Masjid’ atau Masjid Pintar itu dijalankan menerusi kerjasama antara kerajaan negeri dengan sebuah syarikat tempatan, Synergy Alliance Solution Sdn Bhd.
Katanya projek rintis Masjid Pintar itu akan dijalankan di Masjid Al-Hidayah Kampung Sri Kulim dekat sini bermula pada bulan ini dan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos tahun ini.
Tambahnya selain dapat membudayakan kaedah digital kepada masyarakat pinggir bandar ia juga dilihat mampu memberi penjimatan penggunaan elektrik di masjid dalam kadar 20 ke 25 peratus.
“Saya mahu melihat perjalanan projek perintis ini bagi memastikan ia berjalan lancar dan dapat meminimalkan sebarang masalah teknikal yang berkaitan.
“Sekiranya projek perintis di Masjid Al-Hidayah ini berjalan dengan lancar, saya mungkin akan berbincang dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi meluaskan lagi usaha tersebut ke masjid-masjid lain di negeri ini.
“Ini kerana saya melihat sistem IoT ini bukan sahaja akan memudahkan urusan pihak pengurusan masjid malah ia akan membantu dalam menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di masjid-masjid,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program dan sesi taklimat Masjid Pintar di Masjid al-Hidayah Kampung Sri Kulim, dekat sini, pada Selasa.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Synergy Alliance Solution, Alex Fong serta Pengerusi Masjid al-Hidayah, Ahmad Anjang.
Tambah Mohd Azlan, kos pembangunan projek rintis berkenaan yang dianggarkan mencecah RM6,000 itu ditanggung sepenuhnya pihak syarikat terbabit.
Katanya lagi sepanjang tempoh projek perintis itu berlangsung, pihak syarikat turut akan mengadakan sesi pemahaman dan pendedahan penggunaan sistem kepada ahli jawatankuasa masjid terbabit.
Sementara itu Alex Fong berkata menerusi projek perintis Masjid Pintar, semua suis peralatan elektrik di masjid terbabit seperti kipas, lampu dan pendingin hawa boleh dikawal secara jarak jauh melalui sebuah aplikasi telefon pintar yang akan dibangunkan nanti.
“Melalui sistem ini nanti, ahli jawatankuasa masjid boleh merancang dan mengawal penggunaan elektrik yang mana mereka boleh menghidupkan atau mematikan suis peralatan elektrik hanya melalui telefon pintar,” katanya.
Pada masa sama, Ahmad berkata beliau menyambut baik projek perintis itu yang mana ia dilihat akan membantu dan memudahkan urusan kerja 15 ahli jawatankuasa Masjid al-Hidayah.
“Saya yakin dengan teknologi canggih seperti ini akan memudahkan urusan semua ahli jawatankuasa masjid selain limpahan kebaikkannya akan turut dirasai 1,500 jemaah dari tujuh kariah di sini,” katanya lagi.
Amirrul Rabbani
Tue Jun 20 2023
Mohd Azlan (tengah) sedang mendengar taklimat sistem pintar disampaikan Alex Fong (kanan gambar). - Foto Astro AWANI
NVIDIA acah kehadiran siri kad grafik baharu melalui video The Witcher IV
Apa yang menarik mengenai video acah ini ialah notis di bawah video tersebut yang mengatakan bahawa ia telah diolah menggunakan sebuah kad grafik NVIDIA yang belum diumumkan lagi.
14 vesel penangkapan ikan ditahan, nilai rampasan RM8.9 juta
Sebanyak 14 buah vesel penangkapan ikan ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM8.9 juta.
Anda kelak boleh balas mesej suara WhatsApp dengan lebih pantas
Jika sebelum ini mesej suara memerlukan pengguna tatal ke sisi atau tekan dan pilih untuk balas, ciri baharu ini memaparkan ikon khas.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Perak laksana projek rintis Smart Masjid, kawal penggunaan elektrik melalui aplikasi pintar
Kerajaan Negeri Perak akan melaksanakan projek perintis Internet Benda (IoT) yang berupaya merancang dan mengawal pengunaan elektrik di masjid.