Kerajaan Perak sedang mengambil beberapa petunjuk daripada perbincangan dengan pegawai-pegawai Amerika Syarikat di sini mengenai cara terbaik bagi memastikan keselamatan sempadannya.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara input itu diperlukan bagi meningkatkan keupayaan negeri dalam menangani jenayah merentasi sempadan, terutama di Pengkalan Hulu di daerah Hulu Perak, yang bersempadan dengan Thailand dan Kedah.
"Inilah antara sebab yang perlu kita adakan perbincangan dengan rakan-rakan di Amerika ini untuk membantu kerajaan negeri atau pasukan keselamatan kita untuk membanteras masalah seperti ini," katanya.
Ahmad Faizal berada di sini mengiringi Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dalam lawatan kerja ke ibu negara Amerika Syarikat, dan kemudiannya ke New York, yang disasar bagi meningkatkan hubungai keselamatan Malaysia dan Amerika.
Selain Menteri Besar, turut bersama dalam rombongan Muhyiddin adalah Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain.
Ahmad Faizal berkata lawatan ke Jabatan Polis New York akan memberikan peluang kepadanya untuk mendapatkan gambaran lebih dekat bagaimana pasukan polis terkenal melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam menjaga keselamatan di kawasan yang berada dalam bidang kuasanya.
"Tentunya saya yang mewakili kerajaan negeri dan pasukan keselamatan akan dapat input baharu tentang bagaimana kita boleh membawa kemajuan dari segi keselamatan di bandar raya Ipoh dan seluruh negeri Perak," katanya.
Menteri Besar itu berkata Perak juga berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai kelestarian perlombongan.
"Kerajaan negeri bekerjasama rapat dengan Biro Sumber Tenaga dalam untuk memupuk kelestarian perlombongan," katanya dengan merujuk kepada agensi di bawah Jabatan Negara Amerika.
"Kita sedia maklum bahawa Perak begitu kaya dengan pelbagai sumber mineral, dan amat penting bagi kerajaan negeri untuk mendapat maklumat lebih mendalam tentang teknologi terkini ke arah melaksanakan usaha perlombongan secara lestari," katanya.
Ahmad Faizal juga memperakui kepentingan dalam menangani salah tanggapan di kalangan negara-negara barat dalam isu berkaitan penebangan hutan.
"Ini satu perkara yang saya fikir perlu diperjelaskan kepada negara maju seperti Amerika Syarikat adalah betapa kita menjaga alam sekitar kita dengan begitu baik," katanya, sambil menjadikan Perak dengan sekurang-kurang 48 peratus kawasannya masih diliputi hutan sebagai contoh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 17 2019

AHMAD FAIZAL: Inilah antara sebab yang perlu kita adakan perbincangan dengan rakan-rakan di Amerika ini untuk membantu kerajaan negeri atau pasukan keselamatan kita untuk membanteras masalah seperti ini. - Gambar fail/BERNAMA

Minyak masak 1 kilogram dihadkan tiga unit setiap pelanggan - KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenakan peraturan itu berkuatkuasa 19 Januari lalu.

Penyataan mengenai Keperluan Rizab Berkanun
Fleksibiliti ini yang telah diumumkan pada 5 Mei 2020 kini terpakai sehingga 31 Mei 2021.

Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen sudah utus surat rayu Agong batal darurat
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa majoriti ahli Parlimen sudah mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta perkenan baginda menggugurkan pengisytiharan darurat.

Pemimpin senior perlu berhenti politiking - Srikandi Muda
Pemimpin senior dalam politik perlu segera berhenti politiking dan segera membantu memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Cuepacs cadang wujud pasukan pemantau bebas KKM kaji masalah kemudahan kesihatan
Cuepacs mencadangkan KKM menubuhkan pasukan pemantau bebas di setiap negeri bagi menilai dan mengkaji setiap permasalahan yang berlaku di fasiliti atau kemudahan kesihatan dengan segera.

SEDCO ketuai pengurusan tebatan banjir di Beaufort - Hajiji
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) akan mengetuai pengurusan tebatan banjir di daerah Beaufort, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Sidang media atas talian Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ikuti sidang media Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan secara atas talian.

Exynos 2100 bersama integrasi premium 5G, perisian tercanggih Samsung!
Peneraju teknologi semikonduktor termaju dunia, Samsung Electronics Co. Ltd. (Samsung) mengumumkan perisian telefon terbaharu dibangunkan syarikat, Exynos 2100 kepada pasaran baru-baru ini.

Mencabar nasihat kerajaan kepada Agong sama dengan mencabar Proklamasi Darurat - Exco Pemuda UMNO
Baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencabar Proklamasi Darurat di Mahkamah.

Kerugian PKP 2.0 tidak seteruk PKP tahun lepas - Ahli ekonomi
Jangkaan itu dibuat selepas mengambil kira lebih banyak sektor dibenarkan beroperasi berbanding tahun lepas.

"Kalau UMNO dibuli, saya tidak hilang jawatan" - Faizal Azumu
"Jika saya seorang Timbalan Presiden sebuah parti yang membuli parti UMNO, perkara yang berlaku kepada saya itu tidak akan berlaku." - Ahmad Faizal

Ahmad Faizal kekal sebagai Presiden PAFA sehingga kongres tahunan
Ahmad Faizal berkata dia akur dengan segala keputusan yang akan dibuat oleh kongres berkenaan demi memastikan persiapan Perak FC bagi menghadapi Liga M pada musim ini berjalan lancar.

Faizal Azumu boleh terus kekal sebagai Presiden PAFA
Kerajaan negeri tidak mempunyai masalah jika bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terus dikekalkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Bekas MB Perak Ahmad Faizal sahkan tidak akan dilantik ke jawatan Kabinet
Tidak ada (jawatan peringkat Kabinet), sekarang ini jawatan saya adalah Ahli Parlimen Tambun dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, kata Ahmad Faizal.

Ketegangan PN Perak beransur pulih - Penganalisis
Sharifah Syahirah berkata, perkara itu sekali gus akan menyelesaikan kemelut politik yang wujud di negeri itu.

Tangani isu kepercayaan dan rasa curiga dalam politik, iktibar dari Perak - Penganalisis
Kemelut politik yang melanda Perak sebenarnya berakar umbi dari rasa tidak percaya dan saling curiga antara dua parti politik.

Saarani: Bermula sebagai pendidik, kini menteri besar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak sejak 2018 itu mendapat perkenaan Sultan Nazrin untuk dilantik sebagai menteri besar setelah pada pertimbangan baginda, beliau boleh mendapat kepercayaan.

Pas Perak belum terima titah menghadap Sultan Nazrin
Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata pihaknya akan menghadap Sultan Nazrin apabila dititahkan secara rasmi berbuat demikian.

Politik Perak: Sebarang keputusan bergantung kepada pemimpin setiap parti - Hishammuddin
Hishammuddin berkata Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi ada menyentuh mengenai pemilihan Menteri Besar baharu negeri itu.

Politik Perak: KJ harap rundingan UMNO dengan Pas, Bersatu disegera
Khairy berkata UMNO hanya akan menubuhkan kerajaan di negeri Perak bersama rakan-rakan dalam PN.