awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak mohon KKM pertimbang lanjutkan operasi klinik kesihatan

Bernama
Bernama
14/03/2023
08:24 MYT
Perak mohon KKM pertimbang lanjutkan operasi klinik kesihatan
KKM sebelum ini telah memanjangkan waktu operasi 52 klinik kesihatan di seluruh negara sebagai langkah untuk mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital. - Gambar hiasan
IPOH: Kerajaan Perak akan memohon Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memanjangkan tempoh operasi klinik kesihatan di beberapa kawasan dan daerah di negeri ini.
Pengerusi Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak A Sivanesan berkata usaha itu perlu bagi mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan memandangkan terdapat beberapa daerah yang jauh dari lokasi klinik kesihatan sedia ada.
"Setakat ini, pemanjangan Waktu Operasi Selepas Waktu Pejabat telah dilaksanakan di Klinik Kesihatan Tapah, Teluk Intan, GreenTown, Kamunting, Taiping, Setiawan dan Tanjung Malim.
"Kita melihat keperluan seperti di Bagan Datuk, Lenggong, Manjung yang setakat ini agak jauh daripada klinik yang telah beroperasi lebih masa jadi saya akan bincang dengan menteri untuk tambahan beberapa klinik kesihatan yang dilihat perlu," katanya dalam sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
KKM sebelum ini telah memanjangkan waktu operasi 52 klinik kesihatan di seluruh negara sebagai langkah untuk mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital.
Waktu operasi klinik itu akan dipanjangkan dari pukul 5 petang hingga 9.30 malam pada Isnin hingga Jumaat dan dari 8 pagi hingga 12 tengah hari pada Sabtu.
Sementara itu, Sivanesan berkata Perak merekodkan peningkatan 530 kes kumulatif demam denggi berbanding 106 kes dalam tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 414 kes atau 390.6 peratus.
"Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) kesepuluh tahun ini iaitu 5 Mac sehingga 11 Mac, mencatatkan peningkatan kepada 79 kes berbanding 63 kes pada minggu sebelumnya.
"Sebanyak 11 daerah telah melaporkan kes Denggi pada ME10 iaitu Kinta (35), Kerian (11), Kampar (9), Batang Padang (6), Larut Matang dan Selama (5) Hulu Perak, Manjung dan Muallim masing-masing tiga kes, Hilir Perak (2) manakala Bagan Datuk dan Kuala Kangsar masing-masing satu kes," katanya.
Katanya semua daerah menunjukkan peningkatan kes berbanding tahun lepas kecuali Perak Tengah namun tiada sebarang kes kematian dilaporkan setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#Klinik kesihatan
#demam denggi
#kes kumulatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan