awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan dipersembahkan taklimat pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil
Jasamu kami kenang sampai akhir hayat, kata Afnan Hamimi kepada Muhyiddin
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak mulakan pemberian vaksin secara jumpa terus untuk warga emas

Bernama
Bernama
03/08/2021
12:43 MYT
Perak mulakan pemberian vaksin secara jumpa terus untuk warga emas
Perak melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 secara jumpa terus atau walk-in di pusat pemberian vaksin (PPV) awam bagi warga emas bermula hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Perak melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 secara jumpa terus atau walk-in di pusat pemberian vaksin (PPV) awam bagi warga emas bermula hari ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Ding Lay Ming berkata pemberian vaksinasi tanpa janji temu itu dilaksanakan hanya pada sesi petang iaitu bermula pukul 2 hingga 5 petang.
"Ya, hanya pada sesi selepas tengah hari dan untuk warga emas yang berusia 60 tahun ke atas sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Satu memo dalaman daripada Dr Ding tular hari ini yang memaklumkan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) mengarahkan pelaksanaan pemberian vaksinasi COVID-19 secara walk-in bagi semua negeri.
Susulan itu, Jawatankuasa Pemandu Vaksin COVID-19 Jabatan Kesihatan Negeri Perak memohon Pegawai Kesihatan Daerah di seluruh negeri melaksanakan pemberian vaksin secara jumpa terus itu dengan penerima vaksin perlu membawa bukti menunjukkan mereka bermastautin di negeri ini.
Menurut Statistik Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), seramai 1,513,357 orang telah berdaftar untuk menerima vaksin di Perak, manakala penerima dos pertama adalah seramai 781,493 orang setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perak
#PPV
#walk in
#COVID-19
#vaksin
#vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan