Kerajaan negeri akan menaikkan bayaran insentif kemenangan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2018 sebagai rangsangan kepada atlet agar dapat memastikan kontinjen tuan rumah menjuarai temasya itu yang akan berlangsung September tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, bagi kategori individu pemenang pingat emas akan menerima RM5,000, pemenang pingat Perak RM3,000 manakala pingat gangsa RM1,000.
“Bagi kategori sukan berpasukan, setiap ahli pasukan iaitu RM2,500 bagi pingat emas, RM1,500 pingat perak dan RM750 bagi pingat gangsa," katanya ketika menjawab soalan Maslin Sham Razman (BN - Bukit Chandan) pada Mesyuarat ketiga Penggal kelima, Dewan Negeri ke-13 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.
Menurutnya, kenaikan insentif itu dilihat mampu menggalakkan peningkatan prestasi serta menaikkan semangat atlet negeri itu yang juga tuan rumah dalam kejohanan tersebut.
Dalam pada itu, Shahrul Zaman berkata, kerajaan negeri turut melancarkan program Kita Juara 2018 bagi memastikan pelaksanaan yang lebih tersusun dan sistematik dapat dirangka terhadap kontinjen Perak terutama dalam misi muncul juara edisi tahun depan.
Menurut beliau, sehingga kini, kira-kira 700 atlet bagi 29 jenis sukan termasuk kategori sukan individu dan berpasukan berada di bawah program tersebut.
"Prestasi atlet akan dinilai semula melalui proses pemilihan fasa kedua pada bulan depan. Senarai terakhir atlet yang layak ke Sukma 2018 akan diputuskan pada sesi pemilihan terakhir pada Mac tahun depan,” ujarnya.
Selain itu, kata Shahrul Zaman, kerajaan negeri mewujudkan inisiatif baharu melalui Program Podium Perak (P3) sebagai salah satu pentas persediaan untuk melahirkan atlet bertaraf dunia dari kalangan atlet elit berprestasi tinggi negeri.
Beliau berkata, atlet yang dipilih menyertai P3 terdiri daripada pemenang pingat Sukma 2016 dan atlet yang berada di ranking tiga terbaik di kejohanan kebangsaan atau remaja kebangsaan.
"Seramai 67 atlet kini berada dalam P3 yang terdiri daripada 31 atlet sukan individu dan 36 atlet sukan berpasukan yang mana pencapaian atlet ini dinilai dengan teliti dari semasa ke semasa melalui kejohanan peringkat kebangsaan," katanya.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Nov 21 2017
Shahrul Zaman berkata kenaikan insentif itu sebagai rangsangan kepada atlet agar dapat memastikan kontinjen tuan rumah menjuarai temasya itu. - Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.