awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak perkenal program pemutihan kawasan padi luar jelapang

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/06/2019
22:00 MYT
Perak perkenal program pemutihan kawasan padi luar jelapang
Abdul Yunus (tengah) menunjukkan pelan Program Pemutihan Kawasan Padi Luar Jelapang di Negeri Perak pada Khamis. - BERNAMA
Perak menjadi negeri pertama memperkenalkan program pemutihan kawasan padi luar jelapang, untuk mengatasi ketirisan dan penyelewengan pemberian subsidi baja bernilai jutaan ringgit.
Melalui program itu, kaedah Teknologi Geospatial digunakan untuk menyediakan data lengkap, tepat dan berintergriti mengenai keluasan kawasan padi yang diusahakan dan profail pesawah.
Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pertanian dan Peladangan Negeri, Abdul Yunus Jamhari berkata, kawasan Skim Pengairan Changkat Jong di Hilir Perak telah dipilih sebagai program perintis program pemutihan itu.
"Menggunakan kaedah Teknologi Geospatial ini, Jabatan Pertanian Perak telah menghasilkan buku profil kawasan projek skim pengairan untuk program pemutihan kawasan padi luar jelapang.
"Buku profil projek ini akan dapat membantu agensi yang berkaitan, terutamanya pihak Lembaga Pertubuhan Peladang dalam mengendalikan subsidi baja yang lebih efektif dan efisien," katanya dalam sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Khamis.
Turut hadir Pengarah Pertanian Perak, Nor Sam Alwi.
Buku profil projek itu mengandungi sembilan jenis peta dan senarai profil pesawah dan profil lot yang berkaitan dengan kawasan padi di kawasan berkenaan.
Abdul Yunus berkata, antara peta utama yang terkandung di dalam buku itu ialah peta maklumat nombor lot lama dan baharu, peta keluasan skim pengairan yang sebenar, peta keluasan padi yang sebenar dan senarai terkini nama dan lot pesawah.
Ujarnya, prosedur operasi standard (SOP) yang dibangunkan dari program pemutihan akan digunakan untuk program pemutihan di kawasan-kawasan padi lain di seluruh negara.
Menurutnya, selain mengurangkan pembaziran dalam agihan peruntukan subsidi baja, program ini juga dapat meningkatkan imej negeri Perak melalui penggunaan Teknologi Geospatial dalam bidang pertanian ke arah Revolusi Industri 4.0, selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Geospatial Negeri Perak 2017-2021.
Topic Berkaitan
#Abdul Yunus Jamhari
#Padi
#pemutihan kawasan padi
#pertanian
#Teknologi Geospatial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan