awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak peruntuk RM10 juta untuk rumah ibadat bukan Islam

Bernama
Bernama
21/12/2019
21:34 MYT
Perak peruntuk RM10 juta untuk rumah ibadat bukan Islam
Sebagai sebuah negeri yang bermasyarakat majmuk, tiada yang lebih berharga daripada melihat keharmonian masyarakat negeri Perak kekal terpelihara. - Gambar hiasan
Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM10 juta bagi tujuan penambahbaikan, penyelenggaraan dan membina rumah ibadat bukan Islam yang baharu, di Perak.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata peruntukan yang disalurkan menerusi Belanjawan Perak 2020 itu turut meliputi aktiviti hal ehwal bukan Islam untuk masyarakat bukan Islam di negeri ini.
"Kerajaan negeri komited untuk memastikan kestabilan politik, kemajuan ekonomi, kemakmuran sosial dan keharmonian antara agama dan bangsa yang dinikmati oleh rakyat Malaysia di Perak ini, kekal terpelihara.
"Jika kita ada kekurangan, saya mengajak tuan-tuan dan puan-puan sekalian, marilah bersama-sama menggembleng tenaga agar kita sebagai kerajaan dan masyarakat saling melengkapi untuk kemajuan negeri Perak yang kita sayangi ini," katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Krismas 2019 Peringkat Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh, malam tadi.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Penasihat Khas Menteri Besar Perak Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata sebagai sebuah negeri yang bermasyarakat majmuk, tiada yang lebih berharga daripada melihat keharmonian masyarakat negeri ini kekal terpelihara.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Ngeh Koo Ham bersama kira-kira 5,000 masyarakat pelbagai kaum turut hadir memeriahkan sambutan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Belanjawan Perak 2020
#bukan Islam
#ekonomi
#Islam
#kerajaan
#masyarakat majmuk
#menteri
#Perak
#peruntukan
#politik
#rakyat
#rakyat Malaysia
#rumah ibadat
#Zainol Fadzi Paharuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan