Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) akan mengadakan satu mesyuarat bersama wakil dari Perak dan Pulau Pinang untuk membincangkan isu jual beli air di antara kedua-dua negeri itu dalam masa terdekat.
Menterinya, Xavier Jayakumar berkata melalui mesyuarat itu pihaknya akan mendapatkan pendirian atau syarat daripada kedua-dua negeri supaya perancangan Perak untuk menjual air mentah kepada Pulau Pinang dapat dilaksanakan.
"Saya diberitahu perancangan untuk berbuat demikian memang sudah ada. Saya telah arahkan Ketua Setiausaha Kementerian untuk mengadakan mesyuarat di antara Perak dan Pulau Pinang untuk mereka beritahu pendirian masing-masing.
"Kita juga akan bina satu terowong dari Perak ke Pulau Pinang (jika terlaksana), ini akan ambil masa sedikit dan peruntukan itu akan datang daripada kerajaan pusat," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra beliau bersama ahli-ahli PKR di sini, pada Ahad.
Tambah beliau, kementeriannya juga sedar akan usaha Perak untuk mengadakan rundingan sama dengan Selangor, namun ia belum dibuat secara rasmi.
"Kita kena tengok macam mana dulu sebab sekarang kita (kerajaan) beri keutamaan kepada projek Langat 2 yang mempunyai dua fasa.
"Fasa 1 akan dilaksanakan sebelum 2023 dan sekarang perundingan di antara Selangor dan Pusat sedang diadakan untuk memulakan Fasa 2.
"Sekarang akan kita selesaikan dahulu (rundingan) Perak dan Pulau Pinang," ujarnya.
Mengenai isu pemberian hak milik kekal tanah di kampung baharu di negeri Ini pula, Xavier berkata kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh untuk berbuat demikian.
"Ia isu negeri, bagi negeri selesaikan sebab negeri ada kuasa penuh ke atas tanah. Negeri kena putuskan isu ini; bukan kuasa Persekutuan untuk campur tangan," ujarnya ringkas.
Baru-baru ini, Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri tidak dapat melaksanakan cadangan untuk memberikan status hak milik kekal kepada kampung baharu ketika ini kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Negara.
Cadangan tersebut merupakan salah satu daripada intipati yang terkandung dalam tawaran Harapan Perak untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Shafiq Noordin
Sun Aug 19 2018
XAVIER: Saya telah arahkan Ketua Setiausaha Kementerian untuk mengadakan mesyuarat di antara Perak dan Pulau Pinang. -Gambar fail
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Perak, Pulau Pinang bakal bincang isu jual beli air
Kementerian akan mendapatkan pendirian atau syarat daripada kedua-dua negeri supaya perancangan Perak untuk menjual air mentah kepada Pulau Pinang dapat dilaksanakan.