TAIPING: Kerajaan negeri Perak sentiasa mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan untuk mempermudah urusan pelaburan di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihaknya juga sentiasa memperbaiki banyak perkara termasuk kerjasama dengan pelbagai agensi bagi mempercepat proses berkaitan pelaburan seperti yang disarankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sebenarnya dalam mesyuarat exco dan mesyuarat jawatankuasa pelaburan sekali pun, kita ingatkan kepada semua PBT termasuk semua pihak terlibat bahawa kita ada piagam pelanggan.
"Sebab bila pelabur ini masuk, mereka kalau boleh bila masuk hari ini, esok dah nak mula berniaga, sebab melabur banyak dan perlukan masa secepat mungkin untuk mendapat pulangan.
"Ada beberapa contoh kita ambil kira, seperti mereka perlukan bekalan air mencukupi, jadi saya sudah maklumkan dalam mesyuarat Lembaga Air Perak supaya melihat perkara ini secara proaktif.
"Begitu juga bekalan elektrik mencukupi, jadi Tenaga Nasional Berhad (TNB) pun kita sudah ingatkan supaya sedia untuk membantu.
"Untuk PBT pula, berkenaan lesen perniagaan dan peraturan lain untuk mereka beroperasi dengan mudah," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas permintaan Perdana Menteri supaya kerajaan di empat negeri iaitu Pahang, Perak, Johor dan Terengganu mempercepat proses berkaitan pelaburan syarikat gergasi China.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan program Bantuan Meriah Beraya Sejahtera Bersama sempena Aidilfitri 2023 di sebuah gedung pakaian di Kamunting, di sini, pada Sabtu.
Minggu lalu, Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi iaitu bernilai RM170 bilion menerusi lawatan rasmi Anwar ke China selama empat hari bermula Rabu.
Aida Aziz
Sat Apr 08 2023
Saarani berkata, pihaknya juga sentiasa memperbaiki banyak perkara termasuk kerjasama dengan pelbagai agensi bagi mempercepat proses berkaitan pelaburan. -Astro AWANI
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Sebahagian HSK Segari Melintang dibatal, diganti tanah lebih luas - Saarani
Tapak gantian itu telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Durian Pipit melalui Warta Kerajaan No 1777 bertarikh 18 Mei tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah
Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak.
Penjawat awam Perak dapat BKK dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani
Pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.
Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2024 hari ini.
MB Perak beri peringatan ada lagi gelombang banjir akan berlaku
Selepas banjir gelombang kedua melanda Sungai Siput pada Selasa, Perak dijangka mengalami lagi beberapa siri banjir menjelang hujung tahun.
Pelihara sumber hasil Sungai Perak demi kelangsungan ekonomi - MB
Beliau berkata pemuliharaan Sungai Perak merupakan satu keutamaan selaras aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.
Perak kenal pasti, pantau beberapa ajaran sesat
Menurut Saarani, Bahagian Penyelidikan di Jabatan Agama Islam Perak akan membuat kajian mendalam mengenai ajaran-ajaran sesat berkenaan.
MB Perak akan menghadap Sultan Nazrin bentang laporan kegiatan GISB
Keputusan untuk memfatwakan GISB sebagai organisasi haram hanya akan dibuat selepas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan ketetapan.