awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak siasat dakwaan pendakwah pengaruh masyarakat berkaitan SOP, antivaksin

Bernama
Bernama
04/06/2021
21:58 MYT
Perak siasat dakwaan pendakwah pengaruh masyarakat berkaitan SOP, antivaksin
Saarani berkata tindakan susulan akan diambil sekiranya dakwaan itu terbukti selepas siasatan selesai. - Bernama
IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan menyiasat dakwaan seorang pendakwah yang dipercayai mempengaruhi orang ramai supaya tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah jangkitan COVID-19 ketika beribadat dan menyampaikan ceramah berunsur antivaksin.
Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata tindakan susulan akan diambil sekiranya dakwaan itu terbukti selepas siasatan selesai.
"Setakat ini saya belum terima sebarang laporan mengenai isu itu dan kita akan siasat terlebih dahulu. Jika sudah siasat pasti ada tindakan susulan.
"Saya tidak boleh beri kenyataan apa-apa kerana khuatir maklumat itu tidak betul, siasatan harus dibuat terlebih dahulu," katanya.
Beliau yang juga memegang portfolio agama Islam negeri berkata demikian semasa ditanya berhubung perkara itu pada sidang media secara maya di sini pada Jumaat.
Akhbar tempatan melaporkan pendakwah terkenal yang juga pengetua madrasah di Lenggong adalah antara yang dikesan cuba mempengaruhi masyarakat supaya tidak mematuhi SOP ketika beribadat selain menyampaikan ceramah yang berunsurkan antivaksin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saarani Mohamad
#pendakwah
#antivaksin
#pengetua madrasah
#COVID-19
#SOP
#Menteri Besar Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan