awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak tumbang kepada Melaka di laman sendiri

Bernama
Bernama
25/04/2021
23:01 MYT
Perak tumbang kepada Melaka di laman sendiri
Perak FC terus dirundung malang apabila tumpas 0-1 di tangan Melaka United FC dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak, di sini, malam tadi. -Facebook @Perak FC
IPOH: Perak FC terus dirundung malang apabila tumpas 0-1 di tangan Melaka United FC dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak, di sini, malam tadi.
Tuan rumah hampir mendahului lawan pada minit ketiga, namun percubaan yang dilakukan Mohamad Izzuddin Roslan daripada dalam kotak penalti berjaya dihalang oleh penjaga gol, Norazlan Razali.
Berselang tujuh minit, Perak sekali lagi mendapat peluang keemasan untuk menembusi gawang gol lawan namun ia disia-siakan penyerang mereka, Guilherme De Paula walaupun hanya berdepan situasi satu lawan satu dengan Norazlan.
Melaka yang dibimbing Zainal Abidin Hassan cuba mengimbangi asakan Perak, namun rembatan kencang dilakukan Ahmad Syamim Yahya daripada luar kotak penalti berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol, Muhammad Azri Ghani.
Bersambung aksi di babak kedua, Melaka hampir memecah kebuntuan pada minit ke-55, namun tandukan yang dilakukan pemain pertahanan import dari Korea Selatan, Sukwon berpunca daripada satu sepakan percuma hanya singgah di palang gol Perak meskipun Muhammad Azri sudah tertewas.
Melaka akhirnya berjaya mendahului Perak 1-0 pada minit ke-60, menerusi jaringan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria yang mudah menolak masuk hantaran silang dilakukan penyerang import dari Montengero, Stefan Nikolic.
Perak cuba menyamakan kedudukan pada minit ke-75 namun percubaan 'sepakan gunting' yang dilakukan oleh pemain import, Leandro Dos Santos daripada dalam kotak penalti berjaya didakap kemas oleh Norazlan.
Kedua-dua pasukan terus melakukan asakan ke kubu lawan masing-masing namun keputusan kekal hingga tamat perlawanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perak FC
#Melaka United FC
#Liga Super
#Stadium Perak
#Mohamad Izzuddin Roslan
#Guilherme de Paula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan