KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti keadaan mutasi baharu COVID-19 sebelum membuat pertimbangan untuk negara beralih ke fasa endemik sepenuhnya.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, banyak perkara perlu dinilai sebelum kerajaan mengambil keputusan penting itu kerana keutamaan adalah keselamatan rakyat.
“Kita tidak ada kuasa untuk menentukan bagaimana virus ini bermutasi. Kalau lihat kepada sejarah virus (COVID-19) ia telah menyebabkan pandemik kepada manusia. Jadi, sekarang ini kita perlu lihat bagaimana virus bergerak.
“Jadi, persoalan bila hendak beralih sepenuhnya ke fasa endemik ini ia banyak bergantung kepada mutasi sebab itu kita berasakan kajian perlu diteruskan berkenan dengan varian yang ada serta kesannya.
“KKM berpendapat kita masih perlu berhati-hati sebab tidak tahu apakah virus mutasi ini,” katanya dalam sidang akhbar khas di sebuah hotel di sini pada Rabu.
Kerajaan pada 1 April lalu mengumumkan Malaysia memasuki ke fasa peralihan ke endemik dengan pelbagai protokol masih perlu dipatuhi bagi mengekang penularan wabak berkenaan.
Peralihan itu menyaksikan pelbagai kelonggaran telah dibuat antaranya membuka semula pintu sempadan negara. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 07 2022

Khairy berkata, banyak perkara perlu dinilai sebelum kerajaan mengambil keputusan penting itu kerana keutamaan adalah keselamatan rakyat. - Gambar/ Bernama

Penduduk Taman Seri Kemuning Indah resah insiden tanah runtuh
Situasi itu semakin membimbangkan penduduk kerana ia berhampiran rumah mereka selain faktor hujan sejak kebelakangan ini.

Tapak perkhemahan: Selangor ambil kira kepentingan semua pihak
Panduan itu merangkumi kategori tapak perkhemahan, perancangan dan kelulusan tapak aktiviti perkhemahan.

Jiwa SME | Menawarkan perkhidmatan dakwah dalam talian
Aspek keagamaan antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam terutama golongan yang sibuk bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk menuntut ilmu atau mendalami agama. Tuntutan agama seperti membaca Al Quran, mempelajari kaedah solat yang betul, pengurusan pentadbiran pejabat mengikut syarak antara bidang yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam khususnya mereka yang tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas fardu ain atau kelas membaca Al Quran. Atas alasan itu, seorang anak muda , Mohd Amar Mirzan Abd Kadir Jailani, 29 tahun menubuhkan dakwah digital network yang dikenali BeDaie.

Syarikat induk Shopee, Sea Ltd kembang pelaburan, cipta 2,000 pekerjaan di Malaysia
Keputusan itu dimaklumkan kepada Tengku Zafrul semasa lawatan rasminya ke ibu pejabat syarikat itu di Singapura semalam.

Protes | Seorang lagi maut di Peru, angka kematian meningkat 58 orang
Seorang penunjuk perasaan maut manakala puluhan yang lain cedera dalam protes anti kerajaan di seluruh negara Peru, pada Ahad

Perang di Urkaine | Trump dakwa jika masih Presiden, perang tidak akan berlaku
Donald Trump mendakwa sekiranya beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine tidak akan pernah berlaku.

NATO | Erdogan jangka setuju keahlian Finland, dahului Sweden
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberi isyarat Ankara mungkin bersetuju untuk Finland menyertai NATO mendahului Sweden.

Perang Ukraine-Rusia | Ukraine perlu lebih banyak senjata dan pantas
Ukraine memerlukan senjata baharu dan penghantaran lebih pantas untuk menghadapi serangan berterusan oleh tentera Rusia di wilayah timur Donetsk.

Waktu Puncak | LRT laluan Ampang/Sri Petaling Monorel dilanjutkan
Perkhidmatan waktu puncak bagi transit aliran ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling dan laluan Monorel Kuala Lumpur akan dilanjutkan bermula hari ini.

Kerani maut, motosikal bertembung treler
Dalam kejadian jam 9.30 pagi, mangsa, Lai Chen Meng, 41, yang tinggal di Tanah Merah maut di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

KJ bakal sertai pengurusan JDT?
Hantaran terbaru Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram miliknya, memberi bayangan Khairy bakal menyertai pengurusan JDT.

'KJ pemimpin bijak, kalau berminat boleh buat permohonan' - Muhyiddin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia membuka ruang dan mempertimbangkan sekiranya ada pemimpin UMNO yang dipecat mahu menyertai mereka.

'Pemecatan Khairy bukan satu kejutan' - Kalimullah
Jelas Kalimullah, tindakan itu membuatkan UMNO menjadi tidak relevan dan mungkin lebih baik untuk Khairy.

KJ, Noh dipecat, Hishammuddin, Shahril digantung keahlian UMNO
Selepas beberapa siri pertelagahan dalaman UMNO, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akhirnya dipecat daripada parti itu.

MKT UMNO mula bermesyuarat, dijangka buat beberapa keputusan penting
Ahli MKT dilihat mula memasuki ruang legar di Menara Datuk Onn bermula jam 8 malam bagi menghadiri mesyuarat tersebut.

'Pembersihan' besar-besaran?, Mesyuarat MKT UMNO malam ini jadi tumpuan
Mesyuarat MKT UMNO malam ini, bakal menjadi tumpuan berikutan keputusan penyingkiran beberapa pemimpin yang dikaitkan dengan tindakan sabotaj dan mengkritik kepemimpinan parti.

'UMNO milik semua, bukan MT sahaja' - Khairy
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menegaskan UMNO adalah milik semua ahlinya dan bukan milik Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sahaja.

Ahli sabotaj UMNO: Langkah 'pembersihan' besar-besaran esok - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa nasib individu lain selain bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut akan ditentukan dalam mesyuarat MKT esok.

Khairy tolak pelawaan PN, masih setia bersama UMNO
Khairy berterima kasih atas pelawaan PN dan berpendirian mahu kekal dalam UMNO.

UMNO tentukan nasib KJ pada Jumaat
Sebarang keputusan yang dibuat oleh MKT UMNO itu adalah berdasarkan hasil mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Lembaga Disiplin UMNO yang diadakan pada Rabu.