awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peralihan ke fasa endemik ditangguh dua hingga tiga minggu sahaja - Hishammuddin

Fareez Azman
Fareez Azman
17/01/2022
07:10 MYT
Peralihan ke fasa endemik ditangguh dua hingga tiga minggu sahaja - Hishammuddin
Penangguhan dibuat setelah mengambil kira kesan pasca banjir, varian Omicron serta kes melibatkan pengembara dari Arab Saudi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tempoh peralihan negara dari fasa pandemik ke fasa endemik dijangka ditangguhkan kira-kira dua ke tiga minggu sahaja berdasarkan perkembangan situasi semasa.
Jelas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein penangguhan dibuat setelah mengambil kira kesan pasca banjir, varian Omicron serta kes melibatkan pengembara dari Arab Saudi.
"Dari segi fasa peralihan ke endemik, ianya fasa sementara dalam 2-3 minggu sahaja, sebab saya nak menerima laporan daripada kesan banjir, varian Omicron dan kes pengembara baru balik dari Arab Saudi.
"Mesyuarat Kuartet COVID-19 akan datang minggu depan saya akan terima taklimat daripada KKM, MOFA untuk kita bentangkan Jawatankuasa Khas COVID-19 yang dipengerusikan PM.
"PM akan mengumumkan bila tarikh sebenarnya kita mula beralih ke fasa endemik," jelasnya dalam sidang media selepas menyampaikan Amanat Menteri Kanan Pertahanan di Kem Sungai Besi pada Isnin.
Jelasnya, tindakan negara beralih ke fasa endemik tidak dilakukan sembrono, sebaliknya langkah berhati hati perlu diambil dalam memastikan setiap asas yang ditetapkan dipatuhi masyarakat.
"Ia menyebabkan kita berhati hati sikit tapi kita bersedia untuk perubahan memasuki fasa endemik, Perdana Menteri akan umumkan sendiri nanti," jelasnya lagi.
Sebelum ini, Hishammuddin dalam satu sidang media mengumumkan penangguhan sementara negara memasuki fasa Endemik.
Ia susulan peningkatan penularan kes varian Omicron COVID-19 dalam negara.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#pandemik
#KKM
#Perdana Menteri
#Hishammuddin Hussein
#endemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan