KUALA LUMPUR: Pembukaan lebih banyak sektor sosial dan ekonomi secara berperingkat serta kebenaran merentasi negeri apabila kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencapai 90 peratus pertengahan bulan depan, pastinya banyak membantu rakyat untuk keluar daripada kepompong 'kemurungan' sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lepas.
Peralihan daripada pandemik COVID-19 kepada fasa endemik membuktikan keberkesanan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang memberi tumpuan kepada usaha mengembalikan persekitaran sosial dan ekonomi negara kepada keadaan asal sebelum COVID-19 melanda dunia.
Namun fasa endemik yang hampir menjadi kenyataan ini tetap bergantung kepada sejauh mana rakyat membiasakan diri dengan norma baharu, dan sentiasa akur kepada peraturan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang akan terus terpakai sehingga satu waktu yang dianggap keadaan sudah selamat.
Senario sekarang ialah aktiviti yang dahulunya menjadi kekangan telah mula dibenarkan semula secara berperingkat dengan pembukaan pelbagai sektor termasuk pelancongan, ekonomi, sukan dan sosial, satu keadaan yang jelas menunjukkan bahawa kerajaan sudah bersedia membawa rakyat memasuki fasa endemik seperti yang dirancang.
Pembukaan semula Langkawi sebagai projek perintis pelancongan negara menerusi konsep gelembung pelancongan yang bakal disusuli dengan tempat-tempat tarikan pelancong lain di negara ini, akan mengerakkan semula sektor itu dengan penyediaan lebih banyak pekerjaan dan peningkatan pendapatan negara.
Sejak projek itu dilaksanakan bilangan pelawat ke Pulau Langkawi terus meningkat menghampiri 10,000 orang, yang memasukinya menerusi lapangan terbang dan jeti Kuala Perlis.
Rentas negeri
Ketika ini Negeri Sembilan merupakan kawasan kedua selepas Wilayah Persekutuan Labuan yang telah beralih ke Fasa Empat PPN, manakala empat negeri kini berada di Fasa Tiga, tujuh negeri termasuk Lembah Klang di Fasa Dua, dan hanya Kedah yang masih kekal pada Fasa Satu.
Pastinya yang dinanti-nantikan rakyat ialah kebenaran merentas negeri, yang kali terakhir kebenaran diberikan adalah adalah pada 7 Disember tahun lepas, sebelum ia ditarik semula berikutan peningkatan kes jangkitan.
Ketika ini hanya tinggal 6.9 peratus populasi dewasa perlu mendapatkan vaksin sepenuhnya bagi membolehkan rentas negeri menjadi kenyataan, semula apabila tercapainya 90 peratus populasi divaksin seperti yang disasarkan kerajaan dua atau tiga minggu lagi.
Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sehingga 25 September menunjukkan 83.1 peratus atau 19,454,273 populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19.
Teruskan amalan penting
Pakar Kesihatan Pekerjaan dan Doktor Kesihatan Awam, Hospital Kasih Cyberjaya Dr Hanafiah Bashirun berkata beliau yakin 90 peratus vaksinasi lengkap populasi dewasa akan tercapai dalam tempoh ditetapkan kerajaan berdasarkan kepada peningkatan jumlah vaksinasi setiap hari, yang menunjukkan orang ramai begitu serius mahu mendapat pelalian terhadap penyakit itu.
Menurutnya apabila berada di fasa endemik, ia tidak bererti rakyat harus ghairah untuk meraikan ia sebagai 'kebebasan' terhadap SOP, kerana sebenarnya masih ada amalan penting yang perlu dipatuhi, seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan menjaga kebersihan kesihatan.
"Selagi penawar tidak ditemui, kita tetap akan hidup bersama dengan virus ini sampai bila-bila kerana ia tetap ada, dan tidak akan meninggalkan kita. Kerana itu penting untuk terus amalkan SOP seperti yang disaran kerajaan," katanya.
Jelas beliau selepas menjadi endemik, individu yang mempunyai simptom ringan seperti kategori satu dan dua akan dianggap sebagai selesema biasa, tanpa perlu merujuk ke hospital melainkan sekiranya pesakit menunjukkan gejala lebih berat seperti sesak nafas.
Jangan culas
Malah usaha ke arah itu telah dimulakan apabila kerajaan membenarkan kuarantin kendiri bagi mereka yang kurang bergejala.
"Selepas beralih ke fasa endemik, sudah tidak perlu lagi nak maklumkan kepada orang ramai mengenai status kes baharu, dan ini mungkin akan menyebabkan masyarakat semakin lalai terutama apabila ia menjadi satu virus biasa.
"Saya amat berharap agar kerajaan terus memaklumkan kepada masyarakat perkembangan kes terutama kes kategori tiga hingga lima, serta kes kematian, agar rakyat tidak culas dalam soal berhubung pematuhan SOP, dan sentiasa beringat mengenai keberadaan virus COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 26 2021

Apabila berada dalam fasa endemik, ia tidak bererti rakyat harus ghairah untuk meraikan ia sebagai 'kebebasan' terhadap SOP. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Sesi sekolah bermula 8 pagi bukan keutamaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap [INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007864/8967789641675428256449_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap
![[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022 [INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007863/8967789641675428201872_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022

Thaipusam | Membuat kavadi perlukan dedikasi tinggi
Selepas dua tahun, kavadi berwarna-warni bakal kembali menceriakan sambutan Thaipusam kali ini. Diringi muzik tradisional, penganut Hindu akan menunaikan nazar mengikut niat masing-masing dengan menjunjung paal koodam, kavadi dan mencukur rambut.

PRN: BN Selangor sedia runding PH agihan kerusi
Perjumpaan dengan PH akan dimuktamadkan selepas semua komponen BN bersetuju mengenai jumlah kerusi bakal ditandingi BN.

Penjara Sg Buloh | Jumlah banduan 36% melebihi kapasiti maksimum 4,200
Jumlah banduan yang ditempatkan di Penjara Sungai Buloh mencecah 36 peratus melebihi kapasiti maksimum, iaitu 4,200 banduan. Namun, menurut Jabatan Penjara Malaysia, masalah kesesakan di Penjara Sungai Buloh telah dikurangkan melalui pelbagai langkah yang merupakan sebahagian daripada reformasi penjara.

Serbuan Imigresen | SUHAKAM bimbang kebajikan 36 kanak-kanak Indonesa di Depoh
SUHAKAM amat bimbang dengan keadaan dan kebajikan 36 kanak-kanak yang kini ditempatkan di Depoh Imigresen Lenggeng berikutan penahanan 67 warga Indonesia oleh Jabatan Imigresen selepas serbuan awal pagi yang dijalankan di sebuah penempatan di Nilai Spring pada 1 Februari 2023. Di samping memperakui tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk menguatkuasakan undang-undang imigresen, SUHAKAM ingin menekankan tanggungjawab Malaysia terhadap Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) dalam menjamin kepentingan terbaik untuk kanak-kanak.

Jenazah Presiden MAA, Aishah Ahmad dikebumikan di Arab Saudi hari ini
Jenazah Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad Badjunaid yang meninggal dunia di Jeddah akan dikebumikan di Arab Saudi hari ini.

TVET | Perlu tekankan konsep ‘sekolah ke kerjaya’
Sudah tiba masanya konsep sekolah ke kerjaya ditekankan kerana ia akan memberi ruang pelajar terlibat dalam kerjaya yang diminati ketika masih di alam persekolahan, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan.

Polis kenal pasti, kesan individu baling botol kaca ke jalan raya
Polis telah mengenal pasti individu dalam video tular yang membaling sebuah botol kaca dari balkoni sebuah kediaman ke arah jalan raya dan pengesanan terhadapnya sedang giat dilakukan.

Peralihan ke Fasa Endemik COVID-19 masih dalam pertimbangan - Khairy
Keputusan pengisytiharan endemik oleh WHO, kata Khairy, mengambil kira setiap aspek bagi pastikan kemaslahatan masyarakat secara menyeluruh.

Peralihan fasa endemik bergantung perkembangan mutasi - Khairy
KKM akan meneliti keadaan mutasi baharu Covid-19 sebelum membuat pertimbangan untuk negara beralih ke fasa endemik sepenuhnya.

Tidak perlu konsert, cukuplah hiburan yang ada - Idris
Penganjuran konsert yang berterusan sejak akhir-akhir ini tidak seharusnya berlaku ketika negara baru saja beralih ke Fasa Peralihan Endemik COVID-19.

Op Patuh tamat susulan negara dalam fasa peralihan ke endemik - Hamzah
Op Patuh ditamatkan pada 25 Jun setelah setahun digerakkan berikutan negara memasuki fasa peralihan ke endemik.

Ubat antibodi Evusheld dimulakan dalam masa terdekat, lindungi golongan berisiko tinggi - Khairy
Mengulas lanjut, Khairy berkata penilaian kelayakan pesakit untuk menerima ubat antibodi tersebut akan dilakukan oleh pakar perubatan yang merawat.

Fasa peralihan ke endemik: Perak sasar kemasukan 6 juta pelancong domestik - Exco
Kerajaan Perak menyasarkan kemasukan kira-kira 6 juta pelancong domestik ke negeri ini, selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik.

COVID-19: Tahap kesihatan semakin pulih, Sarawak sedia hadapi kelonggaran SOP
Sebanyak 6,839 kes baharu dan 41 kes kematian COVID-19 dilaporkan mulai 1 hingga 28 April 2022.

Sabah guna pakai SOP baharu, lakukan penyelarasan ikut keperluan semasa - Masidi
Sabah akan mengguna pakai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Malaysia dijangka catat pertumbuhan ekonomi 6.0 peratus tahun ini - Moody's
Pembukaan semula sempadan antarabangsa akan memacu sektor perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan.

Mahu masuk Sarawak? Ini tatacara baharu buat penerbangan antarabangsa
Pengembara antarabangsa kecuali terus dari Singapura dikehendaki menjalani saringan RTK Antigen Profesional sejurus tiba di negeri itu.