awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peralihan kerajaan didakwa antara punca kempen TMM2020 tergendala seketika

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/12/2019
12:03 MYT
Peralihan kerajaan didakwa antara punca kempen TMM2020  tergendala seketika
Presiden Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia, Datuk Azlie Halim mendakwa perubahan fokus serta hala tuju TMM2020 menjejaskan persiapan yang dirancang ketika 2019 hampir melabuhkan tirai. - Foto Fail
Peralihan kerajaan mungkin sedikit sebanyak menjadi antara punca kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) tergendala seketika.
Malah, Presiden Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia, Datuk Azlie Halim mendakwa perubahan fokus serta hala tuju TMM2020 menjejaskan persiapan yang dirancang ketika 2019 hampir melabuhkan tirai.
“Bila ada seperti netizen mengatakan yang logo sebelum itu tidak cantik, tak kena dengan jiwa generasi sekarang, maka kerajaan baharu dengar suara netizen.
“Mereka juga tukar (cara) kempen, tukar logo untuk memenuhi permintaan rakyat.
“Jadi, apabila berlaku pertukaran (kerajaan), kita lihat usaha promosi mungkin ada sedikit kekangan dari segi penjenamaan semula,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Malah, beliau melihat, walaupun fokus kempen TMM2020 lebih menyerlah di media sosial, namun, kempen secara tradisional sama ada di televisyen dan papan iklan, tidak boleh dipinggirkan.
Mengambil contoh Thailand, beliau berkata, media tradisonal tidak pernah dipinggirkan oleh negara itu dalam mempromosi pelancongan.
“Kita tak boleh nafikan bahawa Thailand negara yang konsisten dalam mengetengahkan usaha promosi proiduk pelancongan mereka.
“Mereka (Thailand) sudah lama berjaya dalam industri pelancongan di mana kita lihat bahawa mereka menekankan kepentingan promosi di media konvensional dan media baru, yang mana sebenarnya ia harus jalan seiringan,” jelasnya.
Malaysia menyasarkan 30 juta pelancong pada TMM2020 dengan kutipan perbelanjaan berjumlah RM100 bilion.
Topic Berkaitan
#kempen TMM2020
#media sosial
#pelancong
#pelancongan
#Tahun Melawat Malaysia 2020
#TMM2020
#Visit Malaysia 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan