awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peranan Institut Integriti Malaysia diperluas sebagai pusat rujukan utama nasional

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/11/2024
04:10 MYT
Peranan Institut Integriti Malaysia diperluas sebagai pusat rujukan utama nasional
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia selari dengan keperluan mendesak yang menyaksikan cabaran yang semakin kompleks. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Peranan Institut Integriti Malaysia (IIM) akan diperluaskan sebagai pusat rujukan utama di peringkat nasional bagi membudayakan ketelusan, akauntabiliti dan tatakelola yang baik.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia selari dengan keperluan mendesak yang menyaksikan cabaran yang semakin kompleks.
Kata beliau, institusi itu juga perlu diperkasa sebagai sebuah pusat kepakaran yang menyediakan panduan dan sokongan kepada agensi kerajaan, sektor swasta, serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memastikan amalan integriti diterapkan secara konsisten dan berkesan.
“Dengan cabaran yang semakin kompleks dan mendesak dalam isu tadbir urus, rasuah dan penyalahgunaan kuasa, (maka) sudah tiba masanya IIM diluaskan peranannya.
“Saya percaya, dengan sokongan penuh daripada Kerajaan MADANI, IIM mampu menjadi pusat rujukan yang bukan sahaja diiktiraf di peringkat nasional, tetapi juga di peringkat antarabangsa.
“Kerajaan akan terus memberi perhatian serius kepada pengukuhan peranan IIM dengan memastikan sumber daya dan tenaga yang diperlukan disalurkan bagi memaksimumkan keberkesanan institusi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran sambutan Bulan Integriti Nasional 2024 di sini pada Selasa.
Fadillah memberitahu, sebagai sebuah negara yang ingin melangkah maju dengan tatakelola yang baik dan telus, Malaysia memerlukan institusi yang bukan sahaja berfungsi sebagai pemangkin, tetapi juga pemimpin dalam pembangunan integriti.
Beliau turut yakin dengan pengalaman lebih dua dekad, IIM berpotensi untuk berkembang sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan integriti yang komprehensif, menyediakan modul latihan, penyelidikan dan khidmat nasihat kepada semua pihak yang memerlukan.
Topic Berkaitan
#Institut Integriti Malaysia
#IIM
#pusat rujukan
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan