awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancang perkahwinan dituduh tipu pelanggan di Johor

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2017
09:06 MYT
Perancang perkahwinan dituduh tipu pelanggan di Johor
Zurina mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.
Pemilik syarikat perancang perkahwinan sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menipu seorang pelanggannya hingga kerugian RM5,000 pada Mac lepas.
Bagaimanapun, Zurina Ahmad Zundi, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.
Mengikut pertuduhan, Zurina didakwa memperdayakan Erhana Nur Asyariqah Saidon, 25, dengan menawarkan pakej perkahwinan murah hingga menyebabkan mangsa membuat pembayaran berjumlah RM5,000 ke dalam akaun CIMB milik tertuduh.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Jasa 7, Taman Mutiara Rini, Skudai di sini pada Mac lepas.
Zurina didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta denda.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 terhadap tertuduh.
Zurina, yang tidak diwakili peguam merayu supaya jumlah itu dikurangkan dengan alasan dia baru sahaja membayar wang jaminan bagi kes lain selain sedang berusaha untuk menjual barangan perniagaan bagi melangsaikan hutang para pelanggannya.
Majistret Mohd Azlan Shah membenarkan Zurina dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula 10 Januari depan.
Pada 20 November lepas, Zurina dituduh memperdayakan seorang wanita hingga mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM8,500 sebagai bayaran pendahuluan bagi kos upah pakej perkahwinannya yang berlangsung pada 16 Sept lepas.
Topic Berkaitan
#CIMB
#Mahkamah Majistret
#mangsa
#penjara
#perancang perkahwinan
#perkahwinan
#wanita
#Zurin Jundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan