awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancang perkahwinan tular menipu direman

Bernama
Bernama
31/08/2017
12:16 MYT
Perancang perkahwinan tular menipu direman
Awal minggu ini, satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan seorang wanita diserbu oleh kira-kira 100 individu yang mendakwa diperdaya oleh syarikat suspek menerusi pakej perkahwinan. - Sumber: Media sosial
Seorang wanita dipercayai pemilik syarikat perancang perkahwinan yang didakwa telah menipu lebih 100 mangsa dan ditularkan, direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan.
Perintah reman ke atas wanita berusia 35 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret S. Nisha di Mahkamah Majistret Klang di sini, kira-kira 10.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi Bernama, berkata suspek ditahan pada 4.20 petang semalam di Balai Polis Komuniti Seksyen 7, Shah Alam.
"Suspek ditahan susulan laporan seorang pengadu mendakwa ditipu selepas mendapati pejabat syarikat itu ditutup pada Selasa lalu dan gagal menghubungi pemiliknya. Mangsa dikatakan sudah membayar RM7,000 untuk majlis perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini," katanya.
Beliau berkata polis sedang mengenal pasti mangsa lain dan laporan mengenainya dikumpul oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan.
Awal minggu ini, satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan seorang wanita diserbu oleh kira-kira 100 individu yang mendakwa diperdaya oleh syarikat suspek menerusi pakej perkahwinan yang ditawarkan, melibatkan kerugian hampir RM500,000.
Difahamkan mangsa yang terdiri daripada pengantin dan bakal pengantin terbabit meminta penjelasan daripada wanita itu yang didakwa gagal memenuhi pakej perkahwinan dijanjikan termasuk sajian makanan, pelamin dan gambar perkahwinan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#penipuan
#perancang perkahwinan
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan